fbpx

Pengalaman Di Sempadan Jerusalem – Jordan

Ini antara video curi ketika atas bas semasa keluar dari sempadan Jeruselam – Jordan.

Nampak tak askar Israel yg pakai baju kalis peluru?

Bayangkan, ketika masuk dan keluar sempadan Palestin, 3 sekatan dijalankan.

Sakit hati tak tengok muka dua askar tu?

Dalam sekatan ini, 2 tentera masuk bas – seorang periksa pasport kami dan seorang lagi (belakang, tak nampak penuh), pegang senapang.

Kedua-dua pakai pakaian tentera lengkap dgn baju kalis peluru.

Keluar masuk ke sempadan Palestin, 3 kali sekatan yang dijalankan.

Ketika rakaman ini, menggeletar juga tangan. Menggeletar geram bercampur takut kantoi rakam video.

Selepas bas bergerak, baru saya tahu rupa-rupanya rakan sebelah saya, Sdra Ra Uf perasan saya rakam video ini. Hahaha

Saya sengaja memilih lokasi tempat duduk ini di belakang bas dan ditengah-tengah utk merakam momen ini. Ada lagi beberapa gambar askar-askar Israel yang sempat saya rakam sepanjang kembara ke sana awal tahun lalu.

Ada lagi yang nak tengok gambar dan video lain?

Sakit hati tak tengok muka orang Israel depan-depan?

#Travelog3Kembara

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com