fbpx

Pengalaman Mencari Pengasuh Terbaik

Tiba-tiba teringatkan anak bongsu di rumah pengasuh.

Bukan risau kejadian sama berulang, tapi tiba-tiba rasa rindu yang membuak-buak.

Pengalaman saya, bukan mudah untuk mendapatkan pengasuh yang berkualiti dan memuaskan hati.

Teringat memori anak sulong ketika mendapat pengasuh dahulu.

Pengasuh pertama ialah jiran selang 2-3 buah rumah. Anak saya dijaga sejak dari selepas pantang.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Memang selesa dan memuaskan perkhidmatan yang diberikan. Sementelah jiran yang sudah kenal lama. Hinggalah masuk bulan ke-6 atau 7 tak silap saya, berlaku suatu peristiwa yang masih segar dalam ingatan sehingga kini.

Pada suatu hari, dimaklumkan oleh jiran merangkap pengasuh tersebut tersebut, mereka akan berpindah rumah. Ia dimaklumkan beberapa hari sebelum berpindah. Memang susah dan gelabah kami suami isteri hendak mencari pengganti.

Waktu itu anak kecil saya sudah mula kenal orang. Jadi apabila dihantar ke rumah pengasuh baru, dia menangis. Memang banyak kali berlaku babak air mata setiap pagi dihantar ke rumah pengasuh. Apabila ia berlaku, pengasuh pun menolak untuk menjaganya.

Berpindah-pindah dari satu pengasuh ke satu pengasuh. Sebab, mereka tak sanggup menjaga anak saya kerana kuat menangis.

Ada yang dihantar pagi dan petangnya ambil, si anak pengasuh berpesan;

“Mak kata mak tak nak jaga lagi.”

Sedih juga hati kami.

Ada pula kes, selepas 2-3 hari, pengasuh pula jatuh sakit. Tekanan darah tinggi naik mendadak selepas menjaga anak saya dirumahnya.

Allahurabbi… Terkejut juga kami. Rasa bersalah pun ada.

Hampir putus asa jugalah ketika itu. Banyak hari juga saya dan isteri bergilir cuti kerja untuk menjaga permata hati kami ini.

Ada beberapa alternatif yang difikirkan. Antaranya, isteri saya berhenti kerja atau mengambil bibik warga asing. Namun kedua-dua bukan keputusan terbaik ketika itu.

Hendak berhenti kerja, kedudukan kewangan tidak kukuh. Hendak mengambil bibik dari luar, bimbang kejadian buruk berlaku. Ketika itu banyak berita-berita negatif tentang bibik warga asing. Ada kawan yang bercerita, habis puluhan ribu gara-gara beberapa kali bibik lari dari rumah.

Apapun kami bersyukur, tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang bertukar-tukar pengasuh. Alhamdulillah.

Kemudian kami direkomen kepada seorang pengasuh yang berpengalaman. Apabila berjumpa pengasuh berkenaan, beliau memaklumkan baru sahaja berhenti sebagai pengasuh sebab hendak berehat.

Aduh, kecewa juga kami. Isteri saya memujuk beliau.

Selepas mendengar kisah kami, beliau sudi menerima anak kami buat sementara waktu. Sementara kami dapat pengasuh baru.

Dari minggu ke minggu berikutnya, dari bulan ke bulan, kami masih gagal mendapat pengasuh yang bersesuaian. Hendak dijadikan cerita juga, anak kami nampaknya serasi dan tak banyak meragam dengan pengasuh sementara ini.

Isteri saya hari-hari berdoa agar pengasuh tersebut terus menerus menjaga anak saya. Alhamdulillah, ALLAH makbulkan doa isteri saya.

Dari anak sulong hingga anak bongsu setakat ini, saya sangat bersyukur kerana mendapat pengasuh yang sudah macam keluarga sendiri.

Sedikit tip kepada rakan-rakan yang mempunyai pengasuh yang sudah baik Dan steady, hargai pengasuh tersebut. Anggap seperti keluarga sendiri. Mereka bukan orang gaji. Mereka juga adalah anugerah dari Allah. Jika ada rezeki lebih, kongsikan dengan mereka.

Terima kasih Kak Ina kerana sudi menjaga anak-anak saya selama lebih 10 tahun 🙂

Anak-anak ayah, maafkan ayah dan ummi kerana terpaksa meninggalkan kalian di rumah pengasuh setiap hari 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com