Perancangan Harta Pusaka, Faraidh dan Wasiat 3

 

Urus Harta Pusaka

Ramai yang menyangka harta yang kita kumpul sewaktu hidup akan difaraidhkan dengan mudah selepas meninggal dunia oleh ahli waris.

Sebenarnya ia tidak begitu.

Pentadbiran harta pusaka begitu rumit jika tidak dirancang dengan betul.

Antara perkara yang selalu timbul ialah;

+ Ahli waris tiada pengetahuan proses pentadbiran harta pusaka,

+ Pasangan ingin membuat tuntutan harta, akan lebih rumit jika pasangan apabila keluarga mertua tidak sebulu.

+ Adik beradik masuk campur dalam urusan harta pusaka. Akan lebih terkesan apabila hanya ada anak perempuan,

+ Hutang piutang si mati yang perlu diselesaikan sebelum pembahagian faraidh. Ahli waris sebenarnya turut mewarisi hutang piutang selain mewarisi harta pusaka.

+ Waris tidak mahu bekerja sama dan bertolak ansur,

+ Jika ada anak bawah umur, mungkin berlaku perebutan penjagaan hak anak / hadhanah.

+ dan lain-lain lagi.

harta pusaka isteri
Harta pusaka isteri

Hak faraidh isteri ke atas harta pusaka peninggalan suami

Hak faraidh isteri ke atas harta pusaka peninggalan suami yang meninggal dunia ialah 1/8 (12.5% ) jika mempunyai anak atau 1/4 (25%) jika tidak mempunyai anak.

Maknanya, jika harta suami RM100,000 (nampak banyak), hak isteri hanyalah RM12,500 sahaja atau sekiranya pasangan tiada anak, RM25,000.

Selebihnya?

Milik anak-anak, mertua, mungkin ipar-duai jika tiada anak lelaki.

Isu-isu ini dapat ditangani dengan baik apabila ketika hidup perancangan harta pusaka dirancang dengan baik.

Perancangan harta pusaka yg baik ialah dengan membuat dokumen wasiat untuk melantik pemegang amanah bagi mentadbir harta-harta pusaka yang bakal kita tinggalkan kelak.

Wasiat, hibah dan waqaf – perancangannya hari ini kerana mungkin esok kita tiada lagi.

Indahnya perancangan harta di dalam Islam, dari lahir hingga ke liang kubur pun masih diberi perhatian.

Mahukan konsultansi tentang harta pusaka?

Antara pihak yang boleh kita consult utk perkara ini ialah peguam, wakil syarikat trustee atau perancang harta pusaka.

(Saya pun bolehlah sikit-sikit)

Ada latar belakang belajar undang-undang dulu, dan pernah berdaftar dengan Amanah Raya Bhd dan As-Salihin Trustee Bhd)

Boleh contact terus FB Afyan Mat Rawi (saya)

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?