Perbandingan MRTT (MRTA) dan MLTT (MLTA)

Tulisan dan infografik ini untuk perbandingan antara MRTT dan MLTT.

MRTT bermaksud Mortgage Reducing Term Takaful (atau dalam istilah insurans konvensional disebut MRTA), manakala MLTT pula merujuk kepada Mortgage Level Term Takaful.

Dalam konteks perancangan kewangan Islam, kita digesa untuk menyokong produk-produk patuh syariah, jadi MRTT dan MLTT adalah yang releven untuk tujuan ini.

Ia ditawarkan oleh kebayakan syarikat-syarikat takaful yang ada di Malaysia.

 

Jadual perbandingan antara MRTT dan MLTT

Ini ialah jadual perbandingan di antara MRTT dengan MLTT.

Setiap produk ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kita dapat apa yang kita bayar, tanpa mengatakan bahawa MRTT lebih baik dari MLTT atau sebaliknya.

HARGA

Dari segi harga, MRTT jauh lebih rendah berbanding MLTT. Cuma MRTT perlu dibayar sekaligus manakala MLTT boleh dibayar secara ansuran. Apapun bagi MRTT kadang-kala ada pilihan yang ditawarkan oleh pihak bank untuk dimasukkan ke dalam bayaran ansuran pembiayaan perumahan yang dibuat.

Pembayaran caruman sumbangan untuk MRTT 100% dibayar untuk perlindungan, sebab itu ia lebih murah. Manakala pula bagi MLTT, ada sedikit nilai tunai, bergantung kepada polisi. Jika polisi berbentuk “term takaful”, tidak ada nilai tunai selalunya.

TAPI, jika MRTT dimasukkan dalam pembiayaan perumahan, ia akan dikenakan keuntungan oleh bank dan bayarannya tidak jauh bezanya berbanding pembeli melanggan MLTT.

PERLINDUNGAN

Selain harga, perbezaan ketara bagi MRTT dan MLTT ialah;

+ MRTT memberi perlindungan kepada baki hutang dan ia akan berkurangan dari tahun ke tahun.

+ Manakala MLTT pula memberi perlindungan kepada keseluruhan jumlah hutang yang awal dan ia setara dari awal polisi hingga tamat polisi.

 

 

 

 

Infografik perbandingan MRTT dan MLTT dari sudut perlindungan kewangan.

Coverage bagi MRTT adalah berdasarkan baki pembiayaan atau pinjaman perumahan yakni akan berkurangan setiap tahun, manakala coverage bagi MLTT pula adalah setara dari awal polisi hingga tamat.

 

Perbandingan MRTT dan MLTT; dalam situasi berlaku kematian atau lumpuh kepada penghutang atau pemilik rumah.

SIMULASI PERBANDINGAN

Jadi apa bila berlaku tuntutan dalam kes kematian atau lumpuh, polisi MRTT akan membayar baki hutang kepada pihak bank, manakala polisi MLTT pula membayar keseluruhan pampasan kepada penama dan tanggungjawab penama utk selesaikan hutang si mati kepada bank.

Jika pemilik rumah mengambil MRTT, proses pembayaran tuntutan tersebut hanya melibatkan dua pihak, yakni bank dan syarikat takaful sahaja, dan kemudian ahli akan memperoleh rumah terbabit.

Manakala bagi kes MLTT pula, pihak penama atau ahli waris akan terlibat utk menerima pampasan dari pihak syarikat. Selepas menerima pempasan tersebut, maka pihak waris bertanggungjawab untuk menyelesaikan baki hutang kepada pihak bank.

Dalam kes ini, terserah kepada ahli waris untuk membayar sekaligus baki hutang atau secara ansuran. Lebihan wang pampasan adalah milik ahli waris, tertakluk kepada faraidh.

 

Perbandingan MRTT dan MLTT, kesan dan akibat apabila pemilik rumah membuat refinancing atau menjual rumah.

Bagi setiap polisi MRTT, penama atau pemegang amanah polisi ialah bank, manakala bagi polisi MLTT pula, pemilik polisi boleh meletakkan sesiapa sahaja seperti pasangan, isteri, suami, adik beradik, anak-anak dan sebagainya. Polisi MLTT juga kita boleh letakakan syarikat amanah seperti As-Salihin Trustee sebagai penama atau pemegang amanah.

 

JIKE BERLAKU REFINANCING

Setiap satu polisi MRTT yang diambil hanya untuk satu pembiayaan atau pinjaman perumahan yang kita lakukan. Jadi sekiranya kita lakukan refinancing atau jual rumah tersebut sebelum tamat tempoh maka polisi MRTT tersebut akan terbatal.

Perkara ini tidak terjadi jika kita mengambil MLTT kerana setiap polisi MLTT boleh digunapakai untuk beberapa tujuan pembiayaan dan tidak terkesan sekiranya pemilik membuat refinancing atau menjual rumah tersebut sebelu tamat tempoh.

 

SAMPEL KES PERBANDINGAN

Contoh kes perbandingan bayaran bagi MRTT dan MLTT.

Ini adalah sampel kes, perbandingan “apple to apple” di antara MRTT dengan MLTT dari sudut bayaran dan nilai tunai bagi setiap polis.

Bagi polisi MRTT sudah tentu tiada langsung nilai tunai yang diperolehi manakala bagi MLTT pula ada kemungkinan mempunyai nilai tunai. Ia tidak dijamin di dalam polisi tetapi mempunyai unjuran dengan jangkaan keuntungan pelaburan pihak syarikat takaful.

Jadual ini berdasarkan beberapa quotation MRTT dan MLTT dari bebrapa syarikat takaful di Malaysia, dan jumlahnya mungkin lebih rendah atau lebih tinggi bergantung kepada polisi syarikat.

 

RUMUSAN

Rumusan perbandingan MRTT dan MLTT

Secara umumnya,

MRTT sesuai untuk

  • Rumah utk KEDIAMAN
  • Pembelian JANGKA PANJANG
  • TIDAK bercadang utk melakukan RE-FINANCING
  • Umur 35 tahun ke atas

manakala,

MLTT sesuai untuk

Rumah utk PELABURAN

Pembelian JANGKA PENDEK

Bercadang melakukan RE-FINANCING

Umur bawah 35

 

PS;

  • Perasan tak, banker selalunya promote MRTA / MRTT manakala ejen takaful /ejen insurans selalunya mempromosi MLTT / MLTA. Sebabnya? Mereka promote produk yg mereka ada maka 🙂
  • Kedua-dunya ada kelebihan tersendiri.
  • Jika MRTT / MRTA diambil secara pembiyaan dan dimasukkan sekali dengan pembiayaan perumahan, bayarannya tidak jauh bezanya jika kita melanggan MLTT / MLTA

 

Boleh hubungi nombor di atas sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini?
Isi borang dibawah (Hanya utk sekitar Lembah Klang sahaja)

Tags:, , ,
One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?