Peringatan Si Anak Melalui Kreativiti Mereka Di Sijil SPM Lelaki Ini Pasti Membuatkan Anda Mengalir Air Mata

Setiap kali memandang sijil SPM ini, air mataku pasti mengalir mengenangkan susah payah mendapatkan keputusan SPM yang cemerlang dan ini keadaan sijil itu yang terkini.

Dah tak ingat siapa punya kreativiti, sama ada Balqis, Zulaikha atau Danial…. Yang pastinya bukan kerja Sarah, sebab ia sudah wujud sebelum beliau lahir ke dunia.

Ia seolah-oleh menjadi peringatan oleh si anak buat si ayah bahawa hidup ini bukan ditentukan oleh sekeping sijil.

Ia akan menjadi bukti sehingga ke anak cucu….

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?