fbpx

Perjuangan Yang Belum Selesai

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 225Words
  • 367Views

“Pelanduk selalu melupakan jerat, tapi jerat tak pernah melupakan pelanduk” – Pepatah Melayu

“Mangsa selalu melupakan scammer, tapi scammer tak pernah melupakan mangsa” – Pepatah Afyan

Selepas Pak Man Telo ditangkap, dibicarakan dan dihukum dibuang daerah 30 tahun lepas, muncul beribu-ribu Pak Man Telo baru dengan seribu satu idea bisnes dgn modus operandi sama dengan nama berbeza yg wujud sehingga ke zaman millenia ini.

Tatkala runtuhnya skim Highway Group, terbina lagi seribu highway-highway palsu yg menjanjikan jalan pintas menjadi jutawan tapi rupanya hanyalah jambatan rapuh yg penuh khayalan.

Tatkala Norsham dan Alfafa terkantoi selepas 3 tahun menawarkan banglo murah tak masuk akal, tumbuh 1001 lagi projek-projek banglo murah ala-Alfafa dgn harga langsung tak masuk akal.

Apabila seorang Tok Belagak tersontot dan tertangkap, lahir lebih banyak lagi Tok Belagak-Tok Belagak junior dgn skim dan program emas baru yg menawarkan untung gila-gila.

Ketika Sheikh Saidey ditangkap dan dibicarakan, muncul berpuluh-puluh sheikh-sheikh dari Mecca yg baru dari penunggang agama menjanjikan seribu satu macam skim atas nama agama yg menjanjikan hibah bulan-bulan yg sangat mengiurkan.

Entah sampai bila fenomena ini akan berakhir.

Entah bila bangsaku akan terus menjadi mangsa atas nama bangsa oleh bangsa sendiri.

Jadi, aku harapkan andainya aku gugur di tas jalan ini, akan muncul seribu lagi financial fighter utk menyambung dan terus berlawan dan berjuang.

Moga ALLAH berikanku kekuatan.

“Agi Idup Agi Ngelaban”.

Afyan Mat Rawi
12 Januari 2017
10:35 pagi
Gombak

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apa implikasi apabila seseorang memahami perniagaan dan pelaburan adalah perkara…