fbpx

Perkongsian Peserta #SeminarBMW Edisi JDT

  • 6 years ago
  • 4Minutes
  • 664Words
  • 329Views

Berikut adalah beberapa perkongsian daripada para peserta #SeminarBMW edisi Johor yang telah berlangsung di UTM Skudai :

Seminar BMW..
Bijak Menguruskan Wang.. Bukan Bijak Menguruskan Wife.. Hehe.. 😅

Antara teknik penting yg dikongsi oleh Tuan Afyan Mat Rawi ialah Teknik Simpan & Lupa.. Ingat tu.. Simpan & Lupa.. Bukan Lupa Nak Simpan yer.. Jauh benor bezanya tu 😂
Alhamdulillah.. Mmg terbaik seminar ni.. Byk ilmu berguna yg dikongsikan.. Tq Ustazah tersayang Hana Ali yg ajak kami join😘

Yg lg bestnya Cik Adah dtg dgn bff Noren Abd Gani.. Roshahliza Ruslan.. Norhaslina Abd Rahman & juga boyfren forever Bai Karsono..
So adalah geng gelak sbb speakernya pandai sungguh buat lawak.. 😂

#SeminarBMW
#MasaTerbaikMerancangIalahSepuluhTahunLepas
#MasaKeduaTerbaikIalahMasaSekarang

 

Alhamdulillah, rezeki kurniaan Allah SWT, dapat menghadiri Seminar Bijak Merancang Wang 2018 edisi Johor oleh Tuan Afyan Mat Rawi. Hampir-hampir tidak dapat hadir, tetapi segalanya sudah ketentuan-Nya. Terima kasih kerana banyak berikan input yang sangat-sangat berguna terutama bagi mereka yang tidak tahu atau tidak mampu mengurus kewangan dengan baik, tidak tahu ke mana wang perlu dilaburkan, atau tidak tahu apa yang perlu dibuat ke atas wang yang diperolehi. Saya bagi 5 Ha, eh silap, 5 bintang! 🌟🌟🌟🌟🌟walaupun tersontot dengan skim Tok Yan.. 😜

#seminarBMW
#nerakawang
#UTM
#JohorBahru

Syukran encik Faris Addenan akhirnya dapat jumpa Sifu awak Tn Hj Afyan secara LIVE dan menuntut ilmu dalam Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW#deylafinancial

Satu ayat : Hebat, Padat, Berilmu!

#SeminarBMW ni wajib dihadiri oleh semua peringkat. Baik anak muda, yang baru fresh graduate, yang dah bekerjaya, suri rumah, yang nak pencen, yang dah pencen dan tunggu nak mati. Eh!

Maksud saya, sebelum kita pejamkan mata jom kita belajar ilmu tentang pengurusan kewangan mengikut kaedah yang betul.

Bagaimana nak protect income jika terjadi perkara tak diingini, cara mewujudkan dana simpanan dan memilih platform pelaburan, apa kelebihan takaful, kelebihan zakat dan wakaf dalam kehidupan serta pentingnya menguruskan wasiat demi kesejahteraan keluarga.

Kira banyaklah boleh belajar. Walau padat sendat tapi kelakar dan santai. 9 pagi sampai 5 petang tu berbaloi sangat dengan Yuran Kepandaian yang sangat murah harganya demi membantu kita dari terkena Cukai Kebodohan yang akan buat kita ingat sampai bila bila.

Siapa hadir memang untung! Nak untung tak? Sila cekidaut seminar ni cepat di fb Tuan Afyan Mat Rawi. Best giler beb!

…pstt hangpa nak dengaq tuan Afyan nyanyi live kena mai seminar ni. Tang lain tobat lahom takder chance camni. Kah!

======= Feedback ============

Tanggal 3Mac2018 di kala rakan lain beristirehat dan bersantai di Festival Layang2 bersama keluarga, tengok tv dan tidur di rumah malangnya aku menyerahkan 360% tumpuan fizikal dan mental untuk #SeminarBMW cik Afyan Mat Rawi yang selama ni hanya aku intai nukilan dia di Fb.
Ternyata pengorbananku tak sesia. Terlalu banyak input yang diterima sedari awal 9am dengan ilmu kewangan. Mulanya rasa macam mesti lemau nak sampai 6 petang tetapi sangkaanku meleset kerana tak terasa langsung. Masa seakan mencemburui kita.

Bukti tuh hah nampak tak aku kusyuk dan fokus ada kat gambar tu ya. Itu bukan lakonan sebab ia candid oleh urusetia. Pengisian yang mantap dengan gaya penyampaian yang santai walaupon mcm roket berdesup laju. Topik kewangan sangat berat bilamana aku sendiri pernah #tersontotdipintushorga jadi perkenalan dengan insan2 terpilih ini sedikit sebanyak membantu aku bangkit dan bunuh hutang2 jahat agar dijauhi dari #nerakawang

Antara seminar terbaik pernah aku hadiri dengan mesej sampai terus ke otak. Tak tau nak bagi penambahan utk masa akan datang sebab yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu semuanya dari kita. Semoga cik Afyan diberikan kesihatan berpanjangan, kekuatan dan kelapangan jiwa dalam mencurahkan ilmu sentiasa. Tips2 nasihat berguna minta dihalalkan semuanya. Amin YRA.

Akhir kalam terima kasih tak terhingga pada Personal insurance agent ku Faris Addenanyang menjadi lorongan kepada perkenalan dengan mereka ni semua. You’re most trusted, helpful and lovely agent. Anak didik yg baik terdidik dari guru yang baik. Semoga #teamINFAQ sentiasa maju jaya.

Ini bukan iklan berbayar atau apa pun sebab benda lahir dari hati tanpa paksaan akan terasa manis akhirnya. Sebab aku jenis susah nak perCaya dan puji orang tak memasal. Positive people with positive vibes 😘#deylafinancial

Lebih banyak perkongsian di #SeminarBMW

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam setiap siri Seminar Bijak Merancang Wang#SeminarBMW, akan ada satu…