fbpx

Plan Persaraan | Retirement Plan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 341Words
  • 399Views
Plan Persaraan | Retirement Plan

Plan Persaraan | Retirement Plan

Jika hari ini kos sara hidup RM3000 sebulan, kos tersebut akan menjadi RM9,940 pada 30 tahun akan datang. Unjuran kos tersebut dengan mengambil kira kadar kenaikan inflasi sebanyak 4%.

Jumlah ini akan lebih besar jika ia diunjurkan 5% atau 6% setahun.

 

Plan Persaraan | Retirement Plan
Plan Persaraan | Retirement Plan

 

Jika hari ini kita berusia 30 tahun, dan akan bersara pada umur 60 tahun (30 tahun akan datang), maka ini keperluan kewangan yang kita perlukan –
Untuk bersara pada 30 tahun akan datang dan mengekalkan gaya hidup hari ini, selama 10 tahun selepas bersara , maka kita perlukan simpanan untuk plan persaraan;

RM9940 x 12 bulan x 10 tahun = RM1,192,800.00.

Ya, lebih RM1 juta!!!

Itu jika kos sara hidup kita hari ini RM3,000, dengan unjuran inflasi 4% setahun.

Plan Persaraan Retirement Plan (2)
Bagaimana jika kos sara hidup kita lebih daripada RM3,000 sebulan?

Andaikan pula kos sara hidup kita RM5,000, dengan kiraan inflasi sebanyak 4% setahun, kos yang sama akan menjadi RM16,560 sebulan, bersamaan RM198,720 setahun!

Bermakna, untuk hidup dengan mengekalkan gaya hidup yang sama selepas bersara, katakan 10 tahun, maka kita perlukan RM198,720 x 10 tahun = RM1,987,200.

Ya, hampir RM2 juta untuk anda sediakan sebagai plan persaraan!

Plan Persaraan Retirement Plan (3)

Kita ada beberapa pilihan;
Pertama: Memulakan perancangan plan persaraan dari sekarang, dan tidak keluarkan simpanan persaraan KWSP untuk tujuan lain.

Cara pertama ini memerlukan perancangan kewangan yang rapi bermula dari sekarang. Mulai sekarang perlu membuat simpanan dan pelaburan supaya dapat menyediakan wang dana persaraan melebihi RM 1 juta ke atas.

Ia supaya kita dapat hidup dengan selesa selepas bersara kelak. Sebenarnya bukan hendak seles sangat pun, kerana kita hanya mengekalkan gaya hidup yang sama tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Selain itu dengan perancangan ini juga, kita tidak perlu lagi membanting tulang bekerja dalam meniti usia emas.

Susah? Ya, untuk cara pertama ini agak sukar. Tapi jangan risau, ada beberapa cara lain, iaitu;-

Kedua: Terus bekerja selepas bersara, atau

Ketiga: Berdoa agar ada anak-anak menjaga kita selepas kita bersara, atau

Keempat: Berdoa agar rumah orang-orang tua masih wujud pada 30 tahun akan datang,

Kelima: Berdoa agar tidak hidup terlalu lama selepas bersara.

Mana pilihan idaman kalbu, atau ada pilihan lain?

Tepuk dompet, tanya selera

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended