fbpx

Produk Term Takaful

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 400Words
  • 410Views

Saya sangat suka dengan jadual manfaat proposal takaful ini.

Selain meletakkan jumlah caruman dan perlindungan yang akan diberikan, juga diletakkan sekali jumlah komisyen yang ejen perolehi. Kah!

  • Peserta berusia 30 tahun.
  • Caruman tahunan hanya RM1,391
  • Tempoh polisi 20 tahun
  • Tidak ada cash value
  • Coverage RM500,000 untuk kematian dan lumpuh.
  • Bayaran tahunan HANYA RM1,391
  • Bayaran selama tempoh polisi ialah RM27,825
  • Bayarannya hanya sekitar 5% daripada coverage.

Yang menariknya, ada dimasukkan sekali jumlah komisyen ejen RM2,379. Hahaha

Saya suka tunjukkan kepada produk bab komisyen ini. Biasanya diletakkan dalam halaman belakang, tapi kali ini diletakkan di hadapan.

Mari kita tinjau kesesuaian polisi jenis ini.

Anggaran sumbangan mengikut umur, tempoh dan jantina bagi manfaat takaful & hibah RM200,000

Polisi jenis sebegini sesuai utk;

1. Individu yang fokus kepada protection, dengan sumbangan takaful paling minima untuk tempoh optima. Dengan kata lain, ini ialah plan income protection.

2. Untuk tujuan key-man takaful bagi kompeni yang mempunyai individu penting yang membangunkan kompeni yang akan memberi impak teruk kepada organisasi sekirannya individu penting tersebut ditimpa musibah.

3. Untuk usahawan SME terutama “sole proprietor” bagi tujuan perlindungan kerugian bisnes akibat musibah yang menimpa usahawan.

4. Alternatif terbaik menggantikan MRTT bagi pelabur hartanah kerana ia tidak terbatal apabila hartanah dijual atau dipindahmilik.

5. Alternatif takaful pendidikan, “pairing” dengan Tabung Haji. Kalau berlaku kematian, terus dapat pampasan sekaligus. Jika takaful pendidikan yang biasa, caruman akan disambung.

Produk ini bukan untuk semua orang.

Ia tak sesuai untuk;

6. Individu yang mahukan income protection melebihi 20 tahun. Produk ini maksima 20 tahun sahaja. Ada alternatif produk lain jika mahukan yang melebihi 20 tahun.

7. Individu yang mahukan plan yang menggabungkan income protection dan medical card. Ada alternatif produk lain jika mahukan yang ini.

8. Individu yang mengharapkan “kalau tak berlaku apa-apa akan dapat duit balik”.

9. Individu yang menganggap takaful sebagai instrumen simpanan dan pelaburan.

Produk ini ada kelemahan;

10. Ia tiada nilai tunai. Jika berlaku short payment, polisi akan lapse.

Nota: Bagi kategori 8 & 9, tak dapek den nak nolong.

Berminat? Boleh PM m.me/afyan.ifp atau boleh isi borang di bawah

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Penulis: Arif Che Soh   Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Satu lagi…