fbpx

Public Gold Disahkan Patuh Syariah

Satu perkembangan menarik dalam industri emas apabila bisnes emas Public Gold disahkan patuh syariah.

Semalam pengesahan rasmi pematuhan syariah oleh Amanie Advisors Sdn Bhd yang diketuai oleh seorang tokoh Muamalat Islam yang tidak asing di Malaysia, Dr Daud Bakar.

Ia satu perkembangan menarik dan positif bagi industri kewangan di Malaysia kerana emas antara komoditi pelaburan yang ada di Malaysia tapi jarang ada terdapat syarikat yang berusaha mendapatkan status patuh syariah, kerana industri emas di Malaysia tidak ada kewajipan berbuat demikian.

Tidak ada pematuhan syariah bukan bermaksud ia tidak patuh syariah, tapi dgn adanya pematuhan syariah ia meningkatkan kredibiliti sesebuah syarikat.

Jika kita lihat dalam market industri berkaitan emas di Malaysia, boleh dikira dengan jari syarikat emas yang mempunyai pematuhan syariah.

Dahulu tahun 2013, syarikat Hana Gold dgn penasihat syariahnya Ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang kemudiannya beliau tarik balik apabila syarikat tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.

Tahun 2014 Syarikat Darul Emas Perak (Tok Belagak) juga pernah “melantik” penasihat syariah tapi tidak kesampaian mendapat kepatuhan syariah apabila penasihat syariah tarik diri dan tersontot di pintu shorga.

Sebelum Public Gold, Amanie Advisors juga pernah memberi kepatuhan syariah kepada syarikat Hello Gold .

Selain itu juga, beberapa bank sudah pun keluarkan produk emas mereka sendiri yg patuh syariah, seperti Kuwait Finance House dan Ar Rajhi Bank beberapa tahun dahulu dan yang terkini, Bank Muamalat.

Ia perkembangan yg positif supaya umat Islam di Malaysia ada pilihan untuk mendapatkan emas dan menyertai pelaburan emas patuh syariah.

Tahniah Public Gold atas usaha ini.

Tahniah Dato’ Louis Ng selaku peneraju syarikat ini juga tak lupa kepada orang kuat Public Gold yang bekerja keras memastikan perkara ini berjaya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan tak lupa Ustaz Khairul Anuar Basri.

Jemput baca beberapa tulisan saya rentang pelaburan emas yang unik ini;

Sebelum ini, Public Gold sudah pun memulakan inisiatif melantik penasihat syariah
http://afyan.com/tahniah-public-gold.html/

Usaha Public Gold ini sudah pun lama. Saya pernah dijemput utk program tentang perkara ini bersama Public Gold
https://afyan.com/seminar-emas-public-gold-bersama-azizi-a…/

Perbandingan pelaburan emas, antara emas jongkong dengan emas perhiasan
http://afyan.com/pelaburan-emas-gold-bar-vs-barang-kemas.h…/

Alternatif pelaburan emas
http://afyan.com/alternatif-pelaburan-emas.html/

Perbandingan emas dan unit trust
http://afyan.com/emas-vs-unit-trust.html/

Produk pelaburan emas oleh Bank Muamalat
http://afyan.com/bank-muamalat-tawar-akaun-emas.html/

Dan banyak lagi di http://afyan.com/?s=Emas

Anda ejen Public Gold?

Boleh komen servis anda dan lokasi utk memudahkan prospek dari kalangan followers saya mendapatkan emas Public Gold.

Foto Afyan Mat Rawi.

2 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com