fbpx

Remake: Ibu Mertuaku

  • 16 years ago
  • 7Minutes
  • 1326Words
  • 282Views

Pernah ditayangkan disiarkan dahulu. Ditayang Disiar kembali dengan beberapa penambahbaikan.

“Kassim Selamat???? Siapa Kassim Selamat??”jerkah Nyonya Mansor.

Sabariah teresak-esak.

“Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” jerkahnya lagi apabila melihat anak perempuan tunggalnya hanya menangis.

Ejen takaful,” jawab Sabariah di dalam sendunya.

“Apa???? Ejen takaful ??!!!!”terperanjat besar Nyonya Mansor.

“Pantang nenek moyang aku berkahwin dengan ajen takaful!” jerit Nyonya Mansor kepada Sabariah.

“Tapi mak…!¦” Sabariah merintih.

Tak ada tapi-tapi. Sekarang kau pilih, sama ada kau kahwin dengan lelaki yang aku suka atau Kassim Selamat” Nyonya Mansor memberi kata dua.

Tanpa menjawab, Sabariah memeluk gambar potret Kassim Selamat yang birainya telah retak dihempas oleh ibunya.

Fahamlah Nyonya Mansor akan jawapan yang diberikan oleh Sabariah.

Lantas Nyonya Mansor memanggil pemandunya, “lekas kau bawa Kassim Selamat kepada aku sekarang juga”.

…….

Tiba sahaja di rumah Sabariah, Tok Kadi telah sedia menunggu kehadirannya.

“Mana satu Kassim Selamat?”, tanya Nyonya Mansor dengan mata yang bulat, hampir terangkat kaca matanya.

“Saya Kassim Selamat”, jawab Kassim Selamat.

“Oh, kamu rupanya Kassim Selamat”, ternyata Nyonya Mansor mengenali Kassim Selamat yang pernah mendatanginya untuk mempromosi takaful melalui anaknya, Sabariah. Namun tidak sangka lansung yang mereka berdua mempunyai hubungan.

“Bagus. Tok Kadi, nikahkan mereka”, arah Nyonya Mansor.

Maka Tok Kadi pun menjalankan tugasnya. Dengan sekali lafaz, kini Kassim Selamat dan Sabariah sah menjadi suami isteri, dengan disaksikan oleh sanak saudara Nyonya Mansor.

“Nah, ambil pakaian kau dan ini wang di dalam ini beg. Mulai hari ini, engkau bukan lagi keturunan aku!,“ kata Nyonya Mansor sambil mencampakkan sebiji beg pakaian dengan sepucuk sampul surat berisi wang RM 10,000.00.

……..

“Aku akan buktikan suatu hari nanti”, getus hati Kassim Selamat, mengenangkan penghinaan ibu Sabariah terhadapnya.

Dia kini adalah sah sebagai suami kepada Sabariah, gadis yang dikenalinya sejak setahun yang lalu. Semenjak kali pertama Kassim bertemu dengan Sabariah ketiaka di kampus dahulu, dia sudah terpikat dengan perwatakan Sabariah. Sabariah juga merupakan antara pelanggan pertamanya yang mengambil polisi takaful dengan Kassim ketika dia mula-mula menjadi ejen takaful.

“Tiket bang” sapa pemeriksa tiket keretapi mematikan lamunannya.

Lantas Kassim menunjukkan 2 keping tiket yang dibelinya tadi.

Sabariah masih terlena di bahunya. Gadis yang dulunya hidup di dalam kemewahan, kini dibuang oleh ibunya sendiri.

Kassim Selamat tahu, tindakannya menyimpang arus setelah tamat belajar bidang undang-undang dahulu sememangnya penuh onak dan cabaran. Tambahan pula, memilih untuk menjadi ejen takaful yang dikatakan tidak sesuai lansung untuk graduan undang-undang sepertinya.

“Apa kau gila Kassim??!!!! Sia-sia engkau belajar empat tahun, campur dua tahun di pusat matrikulasi, semua sekali enam tahun. Buang masa engkau sahaja”, masih ingat lagi kata-kata Nasir, sahabat baik Kassim ketika di universiti dahulu apabila Kassim mengutarakan perancangannya pada hari terakhir peperiksaan.

Namun, ia tidak mematahkan semangat Kassim. Sabariah juga pada awalnya menegah kemahuannya.

“Abang, Sabariah rasa abang sesuai untuk menjadi peguam. Abang petah berkata-kata.”, pujuk Sabariah ketika mula-mula Kassim Selamat membayangkan yang dia tidak akan meneruskan bidang guaman untuk kerjayanya. Namun, semua itu Kasim anggap sebagai cabaran.

Sabariah betul-betul kecewa dengan hasrat kekasihnya untuk meninggalkan bidang guaman yang sama-sama mereka pelajari. Sabariah yang setahun lebih muda daripadanya telah puas memujuk dan merayu Kassim Selamat supaya melupakan cita-citanya untuk menjadi usahawan takaful. Namun sia-sia.

Bulan pertama menjadi ejen takaful dahulu, Sabariah merupakan orang pertama yang mengisi borang takaful menjadi pelanggan Kassim Selamat. Orang kedua adalah Nyonya Mansor, ibu Sabariah. Namun, ibu Sabariah tidak peduli sangat tentang takaful ketika diberitahu oleh Sabariah tentang kepentingan takaful. Ketika itu, yang menguruskan segalanya adalah Sabariah. Nyonya Mansor hanya mengeluarkan wang untuk penyertaan takaful tersebut. Hanya sekali Nyonya Mansor berjumpa dengan Kassim Selamat, itupun hanya untuk menandatangani borang takaful yang disertainya. Selebihnya diserahkan kepada Sabariah. Yang tidak diketahui Nyonya Mansor, polisi tersebut bernilai lebih RM500,000.000 dengan premium bulanan kira-kira RM 1,000.00. Caruamn tersebut agak tinggi kerana usia Nyonya Manor yang sudah berumur. Semuanya dilakukan demi untuk memberi sokongan kepada Kassim Selamat. Untung Kassim Selamat mendapat pelanggan yang sebegitu.

Kini, dengan azam dan semangat yang berkobar-kobar, Kassim Selamat nekad membawa dirnya dan isteri ke tempat orang. Keretapi terus membelah malam dan Kassim terlena bersama deru enjin keretapi…..

Lima tahun berlalu..

“Abang, minum air ni”, lunak suara Sabariah mematikan tumpuannya terhadap berita yang dibacanya di dada akhbar.

“Terima kasih,” jawab Kassim, mesra, sambil membetul tempat duduknya.

Apa berita hari ni bang?” tanya Sabariah.

“Biasalah, tiada apa yang menarik” jawab Kassim.

Tiba-tiba Kassim kaget. Gambar seorang wanita tua yang betul-betul dikanalinya. Lebih-lebih lagi kacamata wanita tua itu yang masih tidak berubah semenjak lima tahun dahulu kali terakhir dia melihatnya.

“Sabariah, cuba lihat ni”, kata Kassim sambil menunjukkan berita bertajuk “Wanita Hidap Penyakit Misteri Perlukan Bantuan Kewangan”.

“Emak…!”, terperanjat besar Sabariah.

…….

Kini mereka kembali. Kembali dengan sebuah kereta mewah, keluaran terbaru.

Sesampai sahaja di dalam rumah, Nyonya Mansor dilihat terbaring lesu di ruang tamu. Berbeza dengan lima tahun dahulu, ruang tamu yang dulunya penuh dengan perabot, kini kosong. Hampir kosong.

Lantas Sabariah meluru ke arah ibunya sambil menangis teresak-esak.

“Kassim”, terpacul suara dari mulut Nyonya Mansor.

“Ampunkan mak Kassim, mak dah tua”, rintih Nyonya Mansor.

Melalui pembantu rumah yang dikenalinya semenjak kecil, Sabariah mendapat tahu Nyonya Mansor telah lima bulan menghidap penyakit misteri. Ketika mula-mula menghidapinya dahulu, Dr Ismadi, sepupu Sabariah yang pernah menaruh hati kepada Sabariah meminta sejumlah wang yang besar untuk memulihkannya. Namun, selepas habis digadai kereta, harta benda dan tanah milik Nyonya Mansor, Dr Ismadi hilang tanpa berita. Mujurlah rumah tempat Nyonya Mansor berteduh tidak sempat diusik. Barang-barang perabot di rumah itu habis dijual untuk menampung pembiayaan sehari-harian. Dengar khabarnya, Dr Ismadi sebenarnya tidak puas hati tindakan Nyonya Mansor menikahkan Sabariah dengan Kassim Selamat.

—–

“Abang, macam mana tuntutan polisi takaful mak tu?”, tanya Sabariah apabila Kassim Selamat pulang daripada pejabat takaful.

“Alhamdulillah, selesai”, jawab Kasssim Selamat tersenyum.

Mujurlah polisi takaful yang pernah diambil oleh Nyonya Mansor dahulu masih berkuat kuasa. Walaupun duit di dalam akaun bank Nyonya Mansor sudah tidak cukup untuk menampung pembayaran polisi berkenaan, namun nilai tunai polisi berkenaan yang tinggi dibayar secara automatik kepada syarikat takaful. Dengan polisi tersebut, Kassim Selamat menjalankan tugasnya sebagai ejen takaful merangkap menantu kepada Nyonya Mansor, membuat tuntutan terhadap perlindungan penyakit kritikal yang terkandung di dalam polisi takaful tersebut. Setelah permohonannya diproses, syarikat takaful mengesahkan bahawa penyakit yang dialami Nyonya Mansor merupakan salah satu daripada 40 penyakit yang dilindungi oleh takaful. Maka, tuntutan sebanyak RM 100,000.00 telah diluluskan oleh syarikat takaful. Dengan wang RM 100,000.00 tersebut, Sabariah membawa ibunya untuk menjalankan rawatan di luar negara.

—-

Kini hidup mereka sekeluarga bertambah bahagia.

Nynya Mansor menerima kembali Sabariah dan suaminya.

Catatan Tambahan (MESTI BACA!):

1. Polisi yang diambil oleh Nyonya Mansor yang berjumlah RM 1,000.00 dengan jumlah perlindungan RM 500,000.00 adalah disebabkan usia Nyonya Mansor yang sudah tua, kira-kira 45 tahun. Jika jumlah perlindungan yang sama dicadangkan untuk peserta takaful yang berusia sekitar 20-an, caruman bulanan yang dikenakan hanyalah RM 150.00 hingga RM250.00. Bergantung kepada plan.

2. Kassim Selamat seorang yang rajin bekerja. Selama beberapa tahun sahaja dia mampu memakai kereta mewah dengan pendapatannya sebagai ejen takaful. Dengan mendapat peserta sebanyak 10 orang sebulan dengan purata caruman RM 100.00, Kassim Selamat berjaya mendapat pendapatan lebih daripada RM 10,000.00 sebulan setelah menceburi bidang ini secara aktif selama lima tahun.

3. Walaupun duit di dalam akaun bank Nyonya Mansor sudah tidak cukup untuk menampung pembayaran polisi berkenaan, namun nilai tunai polisi berkenaan yang tinggi dibayar secara automatik kepada syarikat takaful. Nilai tunai polisi tersebut terkumpul setelah beberapa tahun Nyonya Mansor mencarum di dalam polisi berkenaan. Setelah kira-kira lima tahun Nyonya Mansor menyertai plan takaful tersebut, nilai tunai polisi Nyonya Mansor adalah kira-kira RM 50,000.00, dan ia cukup untuk menampung kira-kira dua tahun pembayaran polisi berkenaan sekalipun Nyonya Mansor sudah tidak membayarnya lagi!

4. Kalau mengikut versi asal “Ibu Mertuaku”, di pertengahan cerita, Kassim Selamt menjadi buta akibat terlalu banyk menangis. Sebenarnya, jika dia mengambil polisi takaful, dia boleh menuntut pampasan akibat buta tersebut. Manakala di akhir cerita Kassim Selamat menjadi buta selepas dia mencucuh matanya dengan garfu. Jika ini berlaku, Kassim tidak boleh menuntut haknya untuk pampasan takaful kerana mencederakan diri sendiri adalah salah satu pengecualian pempasan.

5. Sekarang Kassim Selamat menjadi pengurus ejensi. Dia berpesan, sekiranya ada mana-mana pembaca yang ingin menyertai plan takaful tersebut, bolehlah menghubungi salah seorang kawannya di afyan.ikhlas@gmail.com.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

11 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
  4. Avatar
  5. Avatar
  6. Avatar
  7. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
1998; Kes Pemecatan Dato Sri Anwar Ibrahim dan tuduhan liwat…