fbpx

Risiko Besar Undi PH

Kerusi majoriti Melayu di Malaysia ada 117 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Jumlah ini melebihi 112 kerusi untuk dapat majoriti mudah di Parlimen.

Tidak termasuk kerusi-kerusi marginal pengundi bukan melayu melebihi kerusi Melayu.

Inilah kerusi-kerusi yang PAS cuba sedaya upaya untuk menang. Dengan imej buruk Najib dan Umno, ramai kalangan orang-orang Melayu Umno berazam untuk memberi pengajaran kepada Umno dalam PRU kali ini.

Akan ada undi protes dari dalam Umno untuk protes kepimpinan Najib Tun Razak. Ia protes senyap. Asalnya mereka berpihak kepada Tun M tapi apabila Tun M menyertai Pakatan Harapan bersama DAP, mereka tidak bersama Tun M.

Melayu Umno yang mempunyai sentimen Melayu yang kuat sangat tidak selesa dan alergik dengan DAP. Jadi, golongan inilah yang sedang ditarik oleh PAS untuk mengundi PAS – Gagasan Sejahtera.

Ditambah pula dengan golongan atas pagar yang selama ini bosan dengan politik kepartian BN – PH, mempunyai alternatif lain dengan mengundi PAS.

Ada yang sokong kempen undi rosak, tapi menyimpan hasrat untuk mengundi PAS apabil PAS mencalonkan tokoh-tokoh yang berkaliber.

Tawaran Kerajaan Teknokrat dengan pakej calon-calon profesional PAS dari seluruh negara akan merealisasikan cita-cita ini.

Parti yang berjaya dalam kawasan-kawasan yang didominasi orang Melayu, akan berjaya membentuk kerajaan Pusat sekalipun gagal menawan kawasan yang dikuasai oleh orang Cina dan India.

Itulah faktor Umno BN terus menang dalam 2 PRU lalu walaupun sudah berlaku Tsunami Cina.

Persempadanan semula dilakukan oleh Umno BN berdasarkan maklumat oleh perisikan polis dan tentera.

Sebenarnya maklumat kajian yg paling tepat adalah kajian yg dibuat oleh perisikan polis dan tentera.

Ia tersisip kemas sebagai rahsia kerajaan.

Dan dari situ kerajaan Umno membuat persempadanan semula utk memastikan mereka menang.

PH gagal menembusi sentimen orang Melayu yang alergik dengan DAP. Apatah lagi dengan isu-isu LGBT, anti-Islam, Islam liberal, anti-RUU, anti-Zakir Naik, Zouq, dan sebagainya, PH gagal memberi imej bahawa mereka membela orang Melayu dan imej Islam.

Lhat sahaja siri-siri BERSIH pasca 2015 selepas PR terbubar, orang Melayu sangat-sangat kurang.

Lebih-lebih lagi dengan imej yang dibawa oleh DAP yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Kegagalan PH mengusai undi di kawasan majoriti Melayu, pastinya akan menggagalkan usaha untuk menawan Putrajaya.

Jadi, mengundi PH adalah satu pembaziran kerana PH akan gagal menawan Putrajaya.

Jika mahu menumbangkan BN, PAS adalah pilihan terbaik untuk diundi, bukan PH.

Tampah pula, risiko wakil-wakil rakyat PH yang akan lompat parti selepas menang, menunjukkan PH bukan parti terbaik untuk dipilih.

Kejatuhan Kerajaan PR Perak dan Projek 16 September yang ingin membentuk kerajaan dengan MP yang lompat parti, menunjukkan mengundi PH adalah berisiko besar untuk BN makin berkuasa.

Pilih calon-calon PAS yang berintegriti dan mempunyai kompetensi.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com