fbpx

RM80 Juta Polisi Tidak Dituntut

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 284Words
  • 619Views

RM80 juta polisi insurans dan takaful tidak dituntut disebabkan tidak dimaklumkan kepada waris.

Statistik ini membuktikan tahap kesedaran kewangan rakyat Malaysia sangat lemah. Sangat-sangat merugikan apabila ia berlaku.

Rugi di peringkat pelanggan sebab bayar caruman mahal-mahal tapi tak dapat manfaat tempoh matang.

Rugi di peringkat waris sebab tidak menikmati manfaat polisi yang di langgan oleh ibu / ayah / adik-beradik mereka.

Selepas melanggan polisi takaful, pastikan maklumkan kepada ahli waris.

Jika tidak mahu ia menjadi sebahagian daripada statistik polisi yang tidak dituntut.

 

Statistik-statistik sebelum ini yg berkaitan takaful dan insuran;

  • Hanya 14% rakyat Malaysia memiliki takaful
  • Hanya 45% rakyat Malaysia memiliki insurans hayat
  • 90% pemegang polisi insurans & takaful tidak cukup coverage

Statistik-statistik lain berkaitan kewangan;

  • 60% pencarum menghabiskan wang KWSP dlm masa 3 tahun selepas bersara
  • 3 daripada 4 rakyat Malaysia tidak memiliki wang kecemasan RM1,000
  • Hanya 6% rakyat Malaysia yg mempunyai wang kecemasan 6 bulan gaji
  • 80% pelabur unit trust melalui akaun 1 KWSP tidak untung
  • 50% kes bankrapsi berpunca dari hutang kereta
  • 30% daripada rakyat Malaysia yg diisytiharkan bankrap adalah dari golongan bawah usia 30-an
  • Lebih 60 billion harta beku di Amanah Raya

Ini #SyurgaWang atau #NerakaWang?

Penyelesaian perkara ini adalah dengan memberi pendidikan kewangan kepada rakyat Malaysia. Bukan dengan menambah jualan produk kewangan.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini ? Sila isi borang di bawah.

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
BAHAGIAN A A1. Hasil Penggajian & Upah Tahunan - Gaji…