fbpx

Rohingya, Malaysia dan Kita Semua…

  • 4 years ago
  • 11Minutes
  • 1989Words
  • 410Views

Ketika tulisan ini ditulis, pasukan Harimau Muda baru sahaja dikalahkan oleh pasukan Garuda Muda dalam perlawanan bole sepak di Sukan Sea Myanmar.

Tulisan ini bukan berkenaan tentang sukan sea, tapi berkenaan tentang sensitiviti terhadap isu diskriminasi kerajaan Myanmar terhadap Muslim Rohingya di Arakan.

Tiba-tiba saya terkenang Misi Kemanusiaan Antarabngsa ke Myanmar yang saya ikuti bulan Ogos lalu bersama sebuah NGA South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (S-Army).

Ia berlangsung dari 22 ke 24 Ogos lalu, bersama dua orang sahabat; Ust Hakim Mohd Noor yang juga setiausaha S-Army dan Sdra Nik Akmal.

Berikut adalah rekod catatan-catan saya yang semasa di sana yang sempat saya kemaskini di FB;

August 22

Misi Myanmar

Selamat tinggal Malaysia.

Misi Kemanusiaan Antarabangsa Myanmar.

August 22

Misi Myanmar2

Misi Kemanusiaan Antarabangsa Myanmar | Gambar ini diambil di pintu keluar lapangan terbang.

Pemandangan biasa di sini, rakyatnya berkain pelikat. Jika di Malaysia, anda akan dilihat aneh sebegini di lapangan terbang.

Lihat warna baju pegawai keselamatan lapangan terbang, siapa perasan mirip baju seragam apa?

Nota: Saya berseluar di sini.

August 22

561576_10201545527470763_1245796980_n[1]

Misi Kemanusiaan Antarabangsa Myanmar | Untuk ke Myanmar, rakyat asing perlukan visa. Seingat saya, satu-satunya negara Asean yg memerlukan visa.

Jika buat sendiri, ia agak leceh. Untuk lebih mudah, gunakan ejensi pelancongan, tapi ada caj yang dikenakan.

Ini pertama kali saya ke luar negara dengan menguruskannya sendiri, dan memberi pengajaran yang cukup bermakna bagi saya.

Antaranya ialah; kesilapan 20 minit menyebabkan kerugian RM1050.

Sungguh mahal harga pembelajaran kali ini, apabila terlewat tiba di KLIA 20 minit dari waktu akhir cek-in. Dan untuk menggantikan tiket ke penerbangan berikutnya, berjumlah tersebut untuk 3 orang.

Ia adalah manifestasi dalam kehidupan, pelaburan dan bisnes, setiap ilmu ada harganya. Ia sama ada yuran yang kita bayar untuk mengikuti kelas, seminar atau sesi latihan, atau juga ‘yuran’ yang kita bayar apabila melakukan kesilapan yang menyebabkan kerugian dalam bisnes atau pelaburan.

Kata orang, nasihat kewangan yang percuma adalah nasihat yang paling mahal harganya.

Kos pembelajaran saya hari ini ialaj RM1050 untuk lewat 20 minit.

August 23

1229860_10201551384737191_786795502_n[1]
Misi Kemanusiaan Antarabangsa Myanmar | Hari Kedua

Malam tadi, kami sempat mengadakan diskusi bersama-sama beberapa anggota pertubuhan masyarakat Muslim Rohingya. Mereka dikenali sebagai Majlis Ulama Rohingya.

Kami mendengar sendiri pengalaman mereka selaku umat Islam yang dipinggir dan didiskriminasikan oleh kerajaan Myanmar sekalipun mereka dilahirkan dan hidup di Myanmar.

Mereka dinafikan hak kerakyatan mereka sebagai warganegara Myanmar. Di Myanmar ada lebih 100 etnik, dan bangsa Rohingya dinafikan hak asasi manusia mereka, hanya kerana mereka Muslim.

Mereka dianggap oleh kerajaan Myanmar sebagai pelarian Bangladesh.

Kami sempat makan malam bersama Pengerusi pertubuhan masyarakat Muslim Rohingya, Dr Anwarul Haq atau nama Myanmar beliau Kyaw Min.

Beliau merupakan seorang ahli akademik yg juga merupakan seorang aktivis gerakan Islam yang menuntut hak mereka selaku rakyat Rohingya.

Beliau sebenarnya baru sahaja dibebaskan dari penjara selepas dipenjarakan selama 7 tahun sejak 2005. Yang lebih menyayat hati, beliau dipenjarakan bersama-sama keluarga; isteri dan 3 orang anak mereka! Sungguh zalim!

Tuduhan yang dikenakan ialah terlibat dalam politik dan memperjuangkan hak asasi pekerja. Beliau pernah berjuang bersama-sama Aung Suu Kyi, seorang tokoh pejuang hak asasi manusia di sana.

Asalnya, dia dikenakan hukuman penjara selama 47 oleh mahkamah tetapi dibebaskan awal.

Dr Anwarul Haq juga pernah menyertai pilihanraya melalui Democracy and Human Right Party (DHRP) pada tahun 1990 dan memenangi kerusi parlimen di utara Arakan. DHRP juga adalah platform rasmi bagi gerakan Islam di sana atau Majlis Ulama Rohingya bergerak secara rasmi dan beliau sebagai Presiden sekarang. Kami difahamkan, undang-undang di sana tidak membenarkan pertubuhan atas nama agama, justeru gerakan di sana mendaftar atas nama demokrasi dan hak asasi manusia.

Kisah beliau pernah mendapat liputan antarabangsa, antaranya http://www.dvb.no/news/burma-expels-rohingya-members-from-political-part

Afyan Mat Rawi
Yangoon, Myanmar
23 Ogos 2013
(Bersyukur, Malaysia masih aman)

August 23

1150873_10201552563966671_1574997768_n[1]
Masih di Myanmar | Kami sempat singgah di sebuah kedai batu jade. Kata tuan kedai, ramai rakyat Malaysia pernah datang ke kedainya.

Saya sempat snap beberapa gambar rakyat Malaysia yang pernah ke sana.

Tuan-Puan kenal?

August 23

1229853_10201554221968120_2122117392_n[1]
Misi Kemanusiaan Antarabangsa Myanmar | Hari Kedua

Petang tadi kami bersolat jumaat di sebuah masjid di pekan Yangoon.

Gambar ini ialah kolah besar tempat para jemaah mengambil wudhul.

Menariknya, di dalam kolah berkenaan dipelihara ikan-ikan yang pelbagai.

Tiba-tiba terlintas, tentu ikan-ikan ini setiap hari diazankan 5 kali sehari, diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran setiap hari dan dikhutbahkan seminggu sekali – lebih hebat dari sarang anai-anai yang memakan al-Quran 23 juzuk di Malaysia.

Sengih

August 23

1240618_10201554250368830_663731763_n[1]
Misi Kemanusiaan Antarabangsa Myanmar | Hari Kedua

Mengunjungi sebuah pejabat seorang usahawan Muslim Rohingya di Rangoon, yang banyak membantu perjuangan umat Islam di Arakan, Ust Abbas.

Memakai kain pelikat, berbaju kemeja masuk dalam kain, adalah pemandangan biasa di sini.

Jika dilakukan di Malaysia ke pejabat dengan berpakaian begini, mungkin dihalau oleh majikan.

Misi Kemanusiaan Antarabangsa Myanmar | Hari Kedua

1237182_10201554271049347_1333793561_n[1]

Sejak semalam apabila menjejakkan kaki ke sini hingga ke malam ini, hujan tidak berhenti-henti.

Kemudian kami difahamkan, rupa-rupanya cuaca di sini memang dalam musim hujan selama 4 bulan yang akan diikuti dengam musim panas selama 4 bulan dan kemudian 4 bulan berikutnya musim lembab berangin. Kitaran ini berulang setiap tahun.

August 24

Misi Kemanusiaan Antarabangsa Myanmar | Pengalaman kali pertama.

Kembara luar negara kali ini memang lain dari yg lain.

Sebelum-sebelum ini selalunya yg diaturkan oleh syarikat apabila saya berpeluang mengikuti Konvensyen Luar Negara Takaful IKHLAS. Segala-galanya diatur dan selalunya banyak ke tempat-tempat membeli belah.

Kali ini tidak banyak sangat lokasi yang saya dapat jejaki, kerana kebanyakan masa diisi dengan pertemuan dan diskusi bersama wakil komuniti Muslim Rohingya. Tambahan pula tempoh hanya 3 hari termasuk perjalanan pergi dan balik, selain daripada faktor cuaca musim hujan di sini menyebabkan jalan dinaiki air dan kereta tidak dapat bergerak.

Jadi, kepada rakan-rakan yang membuat kiriman membeli barang-barang cenderahati, mohon maaf kerana tidak sempat.

August 24 

Misi Kemanusiaan Antarabangsa Myanmar | Syawal

Di hari raya…
Terkenang daku kepada si dia…
Kampung halaman nun jauh di mata…
Ayah serta bonda….

August 24

1240618_10201554250368830_663731763_n[1]
Di akhir kembara, baru kami tahu lelaki di dalam gambar (kanan) ini sebenarnya seorang hartawan yang kaya raya.

Nampak bersahaja, berkain pelikat ke pejabat. Kain pelikat mungkin murah sahaja tapi baju yang dipakainya sahaja berharga USD100! Bukan dia yang beritahu, tetapi kawannya.

Memang yang kami sedia maklum, beliau memiliki bisnes export import, serta membekal pekerja Myanmar ke negara-negara luat termasuk Malaysia.

Beliau memiliki kereta sudah cukup menggambarkan kekayaannya kerana di Myanmar pembelian kereta dan rumah hanya bolej dilakukan secara tunai, tiada pinjaman bank.

Beliau antara penyumbang besar buat gerakan umat Islam Rohingya bagi mendapatkan hak dari kerajaan Myanmar.
Jika ada Ulama Muda ILMU di sana, mungkin mereka digelar bungahah atau Khawarij kerana tidak taat pemerintah kerajaan Myanmar 🙂

Semoga Allah berkati Ustaz Abbas atau nama Myanmar beliau, Ong La.

August 24

1229879_10201560155556456_1386647447_n[1]
Misi Kemanusiaan Antarabangsa Myanmar | Bahasa

Sepanjang di Myanmar, kami lebib banyak bertutur dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.

Ini kerana ramai yang boleh berbahasa Melayu dan ini amat memudahkan kami.

Malah saya pernah berjumpa dengan seorang peniaga, wajahnya wajah Melayu, dan bahasa Melayunya sangat fasih. Jika tidak diberitahu, memang kita akan sangka dia orang Malaysia.

Kata mereka, bahasa Melayu amat mudah dipelajari berbanding bahasa – bahasa lain, seperti bahasa Inggeris atau bahasa Arab. Dia hanya belajar menggunakan buku sahaja.

Jadi, tidak hairanlah bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua-franca antarabangsa suatu ketika dahulu di zaman kegemilangan kerajaan Melayu Islam Melaka.

Alangkah bertuahnya bumi Malaysia ini.

Bahasa Myanmar pula amat sukar dipelajari. Mereka pun mengakuinya.

Antara perkataan Myanmar yang sempat saya belajar;

Apa khabar = Menggalaba
Terima kasih = Cizutimbare

Hanya dua perkataan sahaja yang sempat dipelajari dan diingati sepanjang 3 hari kembara. Aduhai…

August 24

Misi Kemanusiaan Antarabangsa Myanmar | Catatan Hari Terakhir

1238269_10201560254238923_1561724549_n[1]

Sepanjang 3 hari di sini, kami dilayan dengan penuh semangat ukhuwah. Malah gambaran awal tentang Myanmar dan rakyatnya jauh di luar jangkaan awal saya.

Kerana selama ini, kita hanya kenal warga Myanmar yang berada di Malaysia. Kira-kira 1 juta pelarian Myanmar yang bertebaran di seluruh dunian, dan di Malaysia dianggarkan berjumlah 100,000.

Di sini layanan yang mereka berikan cukup 1st class sehingga kami berasa bagau VVIP mereka.

Sekalipun tidak dapat lama, mereka sempat meluahkan hasrat mereka agar Malaysia dapat memberi swdikit tekanan kepada kerajaan Myanmar melalui Asean agar menghentikan konflik di Arakan yang menimpa Muslim Rohingya di sana.

Anataranya ialah, mengancam untuk memboikot Sukan SEA yang akan diadakan beberapa bulan lagi di Myanmar. Kata mereka, jika pemimpin Malaysia dan Indonesia yang merupakan negara Asean yang majoritinya Muslim bersuara, pasti ia didengari oleh massa antarabangsa.

Namun, apa yang boleh kami berikan harapan kepada mereka ialah kami hanya boleh melobi kerana kami bukanlah pemerintah negara ini. Malah dalam isu Mesir sendiri pun, sukar untuk mendengar pemimpin Malaysia untuk memberi respon yang tegas terhadap kerjaan kudeta Mesir.


Sesuatu yang menarik tentang aktivis Islam Rohingya di sini, mereka bukan calang-calang orang.

Ketua mereka memang pejuang sezaman dengan Aung Suu Kyi sejak berpuluh-puluh tahun malah pernah dipenjarakan. Beliau juga seorang pemegang PhD.

Begitu juha dengan Setiusaha mereka, juga seorang ahli akademik dan pernah bertugas di USA. Tidak kurang juga di kalangan mereka usahawan yang berjaya.

Di Myanmar, untuk memiliki rumah dan kereta semuanya memerlukan wang tunai kerana bank tidak menyediakan perkhidmatan pinjaman sebagaimana di Malaysia.

Bagaimanapun, taraf hidup di sini amat rendah, seorang graduan universiti yang menjawat jawatan kerajaan gaji permulaannya hanya 300,000ky mata wang Myanmar bersamaan lebih kurang RM150 – RM200 sahaja.

Sebab itu ramai Myanmar yang sanggup bekerja sebagai buruh di Malaysia kerana gaji di sini minima RM600, tiga kali ganda lebih besar dari di kakitangan kerajaan Myanmar.

Jika di Arakan situasinya lebih meruncing, tiada tempat tinggal, tiada pekerjaan dan makanan terlaksa dicatu. Asalnya mereka hidup makmur di sana, tapi sekarang mereka terpaksa merempat di bumi sendiri. Malah ada yang terpaksa menjadi pelarian merempat di bumi orang, dan Malaysia antaranya.

Memang Malaysia bumi bertuah, orang luar pun boleh mencari rezeki. Tiada alasan untuk rakyat Malaysia. Bumi ini penuh rezeki, tinggal kita bersedia untuk menerimanya

Afyan Mat Rawi
Yangoon, Myanmar
24 Ogos 2013
(Terkenang Aidilfitri di Malaysia…)

August 25

Misi Kemanusiaan Antarabangsa Myanmar | Saya, Rohingya dan kita semua.

577279_10201566504635179_1410737362_n[1]

Ketika saya menulis catatan ini, saya sudah berada di Malaysia, selepas 3 hari kembara untuk Misi Kemanusiaan Antarabangsa di Myanmar. Saya perasan, catatan-catatan saya di FB tentang perkembangan di sana tidak mendapat respon yang memberangsangkan dari rakan-rakan FB.

Mungkin ramai yg tiada idea tentang isu Muslim Rohingya, atau mungkin juga disebabkan isu Mesir lebih dominan. Apapun saya tidak salahkan sesiapa

Oh ya, saya ke sana bersama NGO South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (S-Army) dan saya masih sebagai perunding kewangan. Belum bersedia untuk menjadi aktivis sepenuh masa.

Ia sebagai sebahagian tanggungjawab sosial saya tanpa sebarang keuntungan. Mudah-mudahan ia diterima Allah sebagai amalan untuk membayar syurganya dan menambah pahala saya yang masih sedikit.

#Perkembangan Rohingya dan Arakan

Kita di Malaysia amat bertuah berbanding di sana. Ini tidak dapat dinafikan sekalipun kita selalu bersungut tentang harga barang meningkat , kesesakan jalan raya, pemerintah yang zalim dan sebagainya.

Namun, jika dibandingkan dengan situasi di sana, ia jauh lebih teruk.

Di Arakan, ada lebih 1000 masjid tapi SEMUA tidak boleh digunakan kerana dibakar dan dirosakkan oleh junta tentera. Tidak kurang pula yang menjadi mangsa pelampau Budha yang anti-Islam.

Namun, iman mereka tetap utuh, tiada satu pun kes orang Islam murtad kerana ingin mengelak dari diseksa.

Ramadhan mereka tiada tarawih berjemaah, bazar Ramadhan atau iftar jamaie. Syawal mereka tiada takbir berkumandang, tiada kuih raya, tiada lemang ketupat, tiada sampul raya.

Yang ada hanyalah suara tangisan kanak-kanak kelaparan, orang-orang tua yang ditindas, rumah dibakar, yang cuba memberontak pula akan dibunuh.

Rakyat Muslim Rohingya yang ingin melarikan diri akan dikejar dan dibunuh, manakala bantuan antarabangsa akan disekat. Jika sampai pun, hanya sekitar 50% dari jumlah sebenar.

#Muslim Rohingya, Muslim Malaysia

Betapa bertuahnya bumi ini.

Berita ini cuba disembunyikan dari mata dunia, selama 35 tahun ia berlaku, hanya pada tahun lalu 2012 ia didengari dunia selepas insiden serangan beramai-ramai oleh golongan pelampau sami Budha yang anti-Islam.

Saya tidak mengharapkan catatan ini mendapat komen memberangsangkan dari rakan.

Tapi, jika ada manfaat yang boleh kita war-warkan kepada massa Malaysia, sudilah kiranya kongsikan tulisan ini ke wall rakan-rakan.

Sekurang-kurangnya, dengan catatan-catatan ringkas saya di sini dapat menambah sedikit sebanyak info yang ada tentang perkembangan di sana.

“Barang siapa yang tidak mengambil peduli urusan Muslim, bukan dari kalangan mereka” – maksud hadith Nabi Muhammad SAW.

1 share = 1 doa untuk Rohingya

.Nota: Jika ada rakan-rakan yang ingin memberi sumbangan, boleh PM saya. Saya akan berikan nombor akaun NGO berkenaan.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Antara faktor saya memilih untuk menjalankan bisnes sendiri adalah untuk…