fbpx

Rumah Terpaksa Dijual Bawah Harga Pasaran

Waktu terbaik untuk membeli rumah ialah 10 tahun yang lepas.

Waktu kedua terbaik ialah SEKARANG.

Apabila “supply”, melebihi “demand”, pembeli ada banyak pilihan dan penjual terpaksa jual dengan harga di bawah nilai pasaran.

Jika rumah sub-sale, mudah-mudah untuk dapat harga 10% ke 15% bawah harga pasaran.

Bagi rumah undercon pula, siap boleh dapat tunai dan kereta apabila beli rumah. Deposit pun macam tak bayar deposit. Tak masuk lagi free yuran peguam dan SNP.

Sesiapa yang beli rumah pada 4 – 5 tahun lepas ketika harga rumah baik mengajak, memang sakit kalau nak jual sekarang. Strategi flipping tak berapa nak menjadi yang diajar 5 tahun lepas tak berkesan sekarang.

Cuma isunya sekarang ialah, pembeli yang layak pun kurang.

Bank makin ketat untuk meluluskan permohonan pembiayaan, menyebabkan lambakan rumah tidak terjual makin meningkat.

“Kemarau” ini belum nampak tanda untuk beransur pergi.

Maka berbahagialah bagi mereka yang sudah “menyimpan gandum ketika musim subur” dahulu.

Siapa kata harga rumah takkan turun?

Harga pasaran memang tak turun. Tapi banyak yang dijual di bawah harga pasaran.

Afyan Mat Rawi
Bukan pelabur hartanah tegar.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Rumah Terpaksa Dijual Bawah Harga Pasaran

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com