fbpx

Saya Pelanggan Yang Baik! Episod 2

  • 9 years ago
  • 2Minutes
  • 203Words
  • 281Views

Catatan ini dipetik daripada diari seorang pelanggan tanpa nama.

Saya masuk ke sebuah kedai alat tulis untuk membeli beberapa keping fail. Saya bertanyakan penjaga kaunter tentang kedudukan fail di dalam kedai tersebut. Tanpa melepaskan hand-set daripada telinganya, dia menunjukkan saya satu kedudukan di hujung kedai. Di situ saya meninjau-ninjau rak yang dimaksudkan dengan tujuan mencari fail. Ternyata rak tersebut memuatkan kertas dan sampul surat. Oh, mungkin saya tersilap faham, saya memerhatikan rak-rak yang bersebelahan. Ternyata tiada. Oh, mungkin saya silap dengar maka saya kembali ke kaunter dan bertanya sekali lagi. Kali ini dia mematikan telefonnya sambil mengatakan kepada rakan bualnya bahawa terdapat sedikit gangguan. Sekali lagi saya bertanyakan yang saya ingin mencari fail. Kali ini dia membawa saya ke satu sudut, bertentangan agak jauh daripada yang ditunjuk di awal tadi. Oh, mungkin saya tidak menyebut dengan jelas fail yang saya cari. Di situ saya membelek-belek beberapa fail yang ada. Sementara pekedai tadi masih bersama, saya bertanyakan tentang harga-harga dan kualiti fail-fail yang ada. Mungkin terlalu lama saya memilih-milih fail sehingga dia berasa bosan, lantas dia meninggalkan saya. Setelah mengambil fail yang diingini, saya membawa ke kaunter untuk membuat bayaran. Ternyata sekali lagi saya mengganggu perbualannya. Tidak mengapa, saya pelanggan yang baik…

(bersambung lagi…)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Catatan ini dipetik daripada diari seorang pelanggan tanpa nama. Pada…