fbpx

Scammer Di Mana-Mana

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 218Words
  • 364Views

Dalam dunia ini ada ramai scammer yang menawarkan pelaburan dengan pulangan too good to be true.

Dalam dunia bisnes motivasi ada scammer yang mengaku ada PhD tapi sebenarnya palsu.

Dalam bisnes ebook ada scammer yang ciplak ebook orang lain mengaku ebook sendiri.

Dalam dunia hartanah ada scammer yang jual rumah banglo dengan harga murah tunggu 3 tahun tapi langsung tak dapat rumah.

Dalam bisnes MLM ada scammer yang manipulasi sistem MLM untuk head hunting.

Dalam pelaburan saham ada scammer saham yang buat program ajar bagaimana buat untung besar dalam saham tapi rupa-rupanya dia untung besar dari yuran program bukan untung saham.

Dalam banyak-banyak program bisnes, ada guru bisnes yang buat program bisnes tapi bisnes dia semua hancur kecuali bisnes buat program bisnes.

Dalam dunia financial planning ada yang mengaku perancang kewangan tapi sebenarnya penyangak kewangan.

Dalam bisnes kopi pun ada scammer yang menawarkan beli kopi dapat pulangan 10% -20% sebulan.

Dalam bisnes emas ada scammer yang menawarkan pelaburan emas boleh bagi duit bulan-bulan.

Dalam bisnes unit trust ada scammer yang mempromosi unit trust boleh bagi return sampai 20% – 30% setahun.

Dalam bisnes takaful pun ada scammer yang mislead kata medical card boleh bagi pulangan 20% – 30% setahun.

Dalam bisnes ASB Financing pun ada scammer yang menjual pulangan ASB Financing 40% – 50% setahun.

Scammer. Scammer di mana-mana.

(Boleh tambah senarai scammer yang anda kenali)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selepas kes Alfafa tempoh hari, saya menerima respon pelbagai untuk…