fbpx

Sebelum Membeli Kereta…

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 632Words
  • 299Views

Adaptasi daripada sebuah kisah benar. Moga-moga bukan kisah saudara-saudari…

Nani (bukan nama sebenar) baru sahaja mendapat gajinya yang pertama selepas bekerja sebagai pegawai kerajaan di sebuah kementerian, yang beribu pejabat di Putrajaya;

Dia melihat wang gaji di slipnya;

“Wah, RM 1779.00”

Jumlah tersebut setelah ditolak beberapa potongan wajib.

Dia mengira-ngira bajet untuk membeli kereta. Memandangkan dia masih bujang, kos perbelanjaan hidupnya hanyalah sekitar RM 500 – 600 sahaja sebulan. Jika ditolak dengan wang diberikan kepada ibu ayahnya di kampung serta potongan hutang pelajaran, menjadikan jumlahnya RM 700 – 800.

“Hmmm… Ada lebih kurang RM 1,000 lagi baki gaji aku”

Nani membuat keputusan bijak,

“Bajet aku untuk kereta RM 500 sudah cukup. Ada lagi RM 500 lagi untuk simpanan”.

Petang itu selepas pulang  daripada kerja, dia meninjau-ninjau sebuah bilik pameran kereta nasional berdekatan dengan tempat kerjanya.

Dia disapa oleh seorang jurujual;

“Akak, sedang cari kereta?”

Nani mengangguk, tersasa tua pula apabila disapa dengan panggilan “akak” oleh jurujual yang dikira sebaya dengan abang sulungnya itu.

Nani melangkah keluar dari kedai tersebut, tidak selesa dengan jurujual tadi lantas melangkah ke deretan kedai lain yang terletaknya sebuah lagi bilik pameran kereta import.

Di sini, sekali lagi dia disapa oleh seorang wanita,

“Cik ingin kereta yang bagaimana?”

Nani dengan senang hati memberitahu bajet untuk membeli keretanya RM500.00.

“Jika begitu, saya cadangkan kereta ini”

Jurujual wanita itu dengan ramah, menunjukkan sebuah kereta di dalam bilik pameran tersebut sambil menunjukkan satu jadual pembiayaan pembelian kereta tersebut.

“Cik, kebetulan kereta ini sedang dalam promosi. Dengan ansuran bulanan sebanyak RM 595, Cik sudah dapat membawa kereta ini”.

Lalu dipelawa Nani untuk mencuba-pandu kereta tersebut. Nani dengan senang hati mencuba kereta tersebut, tambahan pula kereta tersebut memang sesuai dengan bajet perkiraanya tadi, RM 500 sebulan.

“Ah, RM 500 dengan RM 595, tidak terlalu banyak bezanya. Lagipun aku masih ada baki lagi”.

Selepas berbincang, Nani bersetuju utuk membeli kereta tersebut, cuma masalahnya ialah dia perlu menyediakan deposit 10% daripada nilai kereta tadi. Lalu, jurujual yang ramah tadi memberi cadangan,

“Memandangkan Cik merupakan seorang kakitangan kerajaan, Cik boleh mendapat pembiayaan tanpa sebarang wang pendahuluan, cuma ansuran tadi meningkat sedikit kepada RM 662”.

Nani berfikir sejenak,

“Baki gaji aku ada RM 1000, tolak dengan RM 662, masih ada lagi RM 300 – RM 400”.

Selepas berkira-kira, Nani bersetuju. Seminggu selepas itu, dengan pembiayaan sebuah bank Islam, kereta tersebut menjadi milik Nani. Nani berbangga dengan kereta yang dimilikinya.

“Barulah berbaloi kau belajar tinggi-tinggi selama ini”.

Beberapa bulan selepas itu, Nani baru perasan, bejetnya untuk membeli kereta tidak dikira dengan kos-kos tidak lansung seperti petrol, tol, parkir, dan penyelanggaraan. Itu tidak masuk lagi apabila dia disaman apabila tersilap parking ketika membeli belah di Kuala Lumpur minggu lalu. Juga belum termasuk, bonet belakangnya yang belum dibaiki akibat tercalar kerana bergeser dengan pagar rumahnya.

Bulan hadapan, dia sudah berjanji untuk pulang ke kampung bersama-sama kereta barunya. Sudah dimaklumkan kepada seluruh ahli keluarganya di kampung dia akan pulang dengan kereta baru. Ibu, ayah serta adik-adiknya sudah tidak sabar lagi untuk menaiki kereta barunya itu.

Dia berkira-kira, bajet makan minumnya bulan ini terpaksa dicatu demi untuk memastikan dia mempunyai bajet yang mencukupi untuk pulang ke kampung halamannya di Pantai Timur tanah air.

“Petrol RM 100, tol RM 40, jumlah RM 140. Ini baru satu hala, kalau pergi balik RM 140 X 2, jumlahnya RM 280! Aduuuuh…… Ini belum masuk belanja perjalanan membawa keluarga berjalan-jalan nanti. Kalau kerajaan naikkan lagi harga petrol, lagi bala! Aduuuuh….”.

Nani nekad, dari sekarang hingga ke bulan hadapan dia perlu mengikat perut, memasak sendiri demi memastikan dia dapat pulang dan bergembira di kampung. Sebelum-sebelum ini, ketika belajar di universiti, dua bulan sekali dia akan pulang ke kampung dan menggembirakan ahli keluarganya membawa mereka berjalan-jalan dengan kereta ayahnya. Kos pulang ke kampung hanyalah RM 80 pergi balik menggunakan bas ekspres.

Setiap kali pulang ke kampung, walaupun dia masih belum ada gaji ketika belajar dahulu, dia akan bergembira.

Tetapi kali ini, walaupun sudah bekerja dan mempunyai gaji, dia tidak segembira dahulu untuk pulang ke kampung.

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

11 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
    • Avatar
  4. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada seorang rakan yang baru menyertai bisnes takaful mengeluh tidak…