fbpx

Sehari di Hillcrest

  • 17 years ago
  • 2Minutes
  • 240Words
  • 338Views

(Saya jarang membuat ulasan untuk program-program RK Trainin, kerana selalunya akan diulas di dalam blog Sdr Amin Idris atau blog Sdr Fadzli Yusof)

Mengendalikan program menggunakan modul yang sama untuk khalayak yang sama, sememangnya sesuatu yang sukar.

Sabtu lepas, kami di RK Training diamanahkan untuk melatih pelajar-pelajar SMK Hillcrest daripada kalangan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Sebagai catatan, ini merupakan kali ke-tiga kami berprogram untuk pelajar-pelajar PRS dari sekolah yang sama. Cabaran kami adalah; lebih daripada separuh daripada mereka pernah mengikuti program yang sama untuk kali pertama dan kedua!

Kali pertama berprogram di sini, kira-kira setahun yang lalu. Nama sekolah SMK Hillcrest merupakan nama yang agak unik. Sepanjang pengalaman saya berprogram di sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang, inilah nama yang paling ”unik” yang pernah saya dengar, seolah-oleh menggambarkan sekolah tersebut terletak di sebuah kawasan pergunungan di New zealand 🙂

Oh, sebenarnya sekolah ini terletak di Gombak, dan kebetulan memang terletak di kawasan pergunungan perbukitan. (Apa salahnya kasut saya buatan Gombak sekoalah ini terletak di Gombak?)

Kali pertama, berprogram dahulu, kami mengendalikan kira-kira 3-4 aktiviti bukan ceramah. Pada kali kedua program, memandangkan kesemua pelajar adalah pelajar yang sama yang mengikuti modul yang sama, kami menjalankan kira-kira 5-7 aktiviti. Untuk kali ini, pada kali yang ke-tiga, dengan majoriti adalah daripada pelajar-pelajar yang sama, aktiviti yang kami sediakan adalah sebanyak 14 aktiviti! Ini adalah bagi mengelakkan pelajar-pelajar berasa bosan dengan pengendalian yang berbeza….

Inilah kali pertama kami sediakan 14 aktiviti dalam tempoh sehari!!!!

Coming Soon; Album RK @ Hillcrest

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

6 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
  4. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pada suatu hari terserempak dengan seorang senior saya. Satu sekolah…