Sekaya-kaya Orang Bandar, Semiskin-Miskin Orang Kampung

Sebesar-besar banglo orang bandar, masih milik bank….
Sekecil-kecil rumah papan orang kampung, tinggal di rumah sendiri.

Sebesar-besar kereta orang bandar, geran masih berada di bank….
Sekecil-kecil motosikal cabuk orang kampung, geran sudah berada di tangan

Sekaya-kaya orang bandar, kaya dengan duit personal loan, kad kredit dan hutang keliling pinggang…
Semiskin-miskin orang kampung, tiada hutang yang menjerut.

Sekaya-kaya orang bandar tinggal di kondominium mewah; bumbungnya lantai rumah orang, lantainya bumbung rumah orang, dindingnya dinding rumah orang jiran.
Semiskin-miskin orang kampung tinggal di rumah papan; bumbung, lantai, dinding milik sendiri.

Sekaya-kaya orang bandar memiliki kenderaan tetap bergerak 1km sejam di tengah-tengah kesesakan di hutan batu….
Semiskin-miskin orang kampung memiliki kapcai boleh merempit membelah bendang!

Sekaya-kaya orang bandar, halaman rumahnya sempit berpagar…
Semiskin-miskin oang kampung, halamannya seluas saujana mata memandang tanpa pagar batu 🙂

Sekaya-kaya orang bandar, ke coffee house order stead dan kopi bayar guna kad hutang…
Semiskin-miskin orang kampung, ke warung kopi makan nasi lemak dan kopi O bayar cash!

Sekaya-kaya orang bandar, rumah besar, kereta banyak, terpaksa pasang CCTV dan upah pak guard untuk jaga keselamatan, dan tidur malam selalu terjaga risaukan keselamatan harta benda.
Semiskin-miskin orang kampung, tidur dengan tingkap terbuka dan tiada jaga pun tak kisah, malah dapat tidur dengan tenang.

Afyan, Gombak
Teringat kampung halaman…

2 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?