fbpx

Selepas 9 Tahun Meminjam Kereta

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 187Words
  • 326Views

Sedar tak sedar sudah hampir 9 tahun tulisan ini, yang ditulis beberapa bulan selepas membeli kereta ini :

9 tahun tulisan ini di blog Lelaki Ini Berkongsi Tip Kewangan Dengan Membeli Kereta Second Hand Tetapi Baru, bermakna berakhir sudah pembayaran installment terakhir kereta Persona pada bulan bulan ini selepas 9 tahun menanggung hutang bank.

Ia bertukar milik daripada milik bank kepada milik saya. Oh, lebih tepat milik isteri tetapi saya yang bayar installment kerana pada masa itu lebih mudah mengambil fasiliti pembiayaan bank menggunakan nama isteri berbanding nama saya yang “tiada kerja tetap”.

Ini kereta kedua saya yang saya miliki dan sudah selesai pembayaran. Kereta pertama ialah “#nxxxxxwxxxx” pertama saya, iaitu Kancil, pun sudah habis bayar. Pun atas nama isteri. Huhu…. Kini kancil tersebut di kampung halaman.

(Nota: Saya juga pernah menulis tentang Kancil saya di Warkah Buat May)

Memiliki dan memandu kereta yang sudah tiada hutang rasa sungguh berbeza.

Tak perlu malu memiliki kereta buruk, tetapi sudah tidak ada hutang. Patut ada rasa malu memiliki kereta baru tetapi berhutang.

Nota: Saya pun masih ada hutang satu lagi kereta MPV. 3 Tahun lagi habis bayar, insyaallah. Yang ini nama saya. Hehe…

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
TAKAFUL DAN TAKAFIR Peringatan ini buat rakan-rakan perunding takaful yang…