fbpx

Sharing Terbaik Dari #SeminarBMW Kuantan

Peserta ini menerima sharing FB terbaik dari #SeminarBMW hari ini.

Farhan Ismail :

Kata orang: “Wang tidak boleh memberi bahagia.”

Pendapat peribadi, bahagia itu sendiri bersifat subjektif. Wang secara asasnya memang boleh memberi kesenangan kepada pemiliknya. Namun kesenangan itu sendiri berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Ada orang yang merasa bahagia dengan kesenangan duniawi yang ala kadar, ada pula yang merasakan sebaliknya.

Hakikatnya, dari situlah pentingnya sifat QANAAH, menerima dan merasakan cukup dengan apa yang dikurniakan.

Kekayaan bukanlah simbol keangkuhan atau kesombongan, dan bukan pula simbol hanyutnya seseorang dengan dunia.

Rezeki setiap yang bernyawa telah pun ditetapkan sejak azali lagi. Namun itu bukanlah alasan untuk kita bermalas-malasan dan menyalahkan Qadha dan Qadar semata-mata. Berusahalah sekadar yang termampu.

Dan tidak cukup sekadar berusaha memiliki harta tanpa ada sebarang perancangan untuk hari tua kelak. Perlunya kefahaman untuk bezakan antara Dharuriyyat, Hajiyyat dan Tahsiniyat.

“Duit untuk hidup, bukan hidup untuk duit.”

#SeminarBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com