fbpx

Siapa Kata Klinik Kesihatan Kerajaan Lambat?

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 259Words
  • 502Views

Selalunya jika ada ahli keluarga tak sihat dan perlukan rawatan, pilihan saya ialah klinik swasta berbanding klinik kerajaan memandangkan ia lebih cepat dan pantas. Walaupun klinik kerajaan dekat sahaja dengan rumah.

Tambahan pula ada medical card syarikat yang cover untuk klinik.

Atas sebab tertentu pagi tadi saya ke klinik kesihatan milik penuh kerajaan Malaysia berdekatan dengan rumah.

Sampai di sana tengok lautan manusia penuh yang amat. Nak cari parking pun susah. Terpaksa parking di luar pagar. Nasib baik tak kena saman.

Dalam kepala masih terbayang-bayang masa kecil-kecil dahulu ke klinik kerajaan, makan masa berjam-jam untuk jumpa doktor dan selesai urusan.

Memang dah lama benar saya tak jejak klinik kesihatan walaupun jarak dekat sahaja dengan rumah.

Saya buat anggaran, mungkin sampai Zuhur juga baru selesai.

Sangkaan saya meleset sama sekali.

Ambil nombor jam 11:33, dalam kira-kira jam 12:00 tengah hari sampai giliran untuk jumpa doktor.

Terkejut bukan kepalang! Cepat betul walaupun ramai orang.

Lain benar pengalaman masa kecil-kecil dahulu.

Jam 12:16 tengah hari sudah boleh tunggu ubat di farmasi. Itupun saya tersilap lambat ambil nombor giliran sebab tak tahu kena ambil nombor lain untuk farmasi.

Dengan bayaran RM1 berbanding klinik swasta yang selalunya minima RM20 ke RM50, saya kira ia sangat berbaloi-baloi. Penjimatan lebih 90% dengan tempoh masa yang munasabah.

Tahniah klinik kesihatan Selayang Baru dan semua klinik kesihatan selllluuuruuuh Malaysia!

Siapa kata klinik kesihatan kerajaan lambat. Dulu saya pun beranggapan begitu.

Atau memang di sini sahaja yang begini? Di tempat lain saya tak tahu. Jika rakan-rakan ada pengalaman boleh kongsikan.

Atau memang kebetulan hari ini tak ramai?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
UPDATE: MAC 2020 Infografik: Tips Optimumkan Penggunaan Pelepasan Cukai Oleh…