fbpx

Siapa Penama Polisi Takaful / KWSP Anda?

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 640Words
  • 657Views


Kes 1:
Aqil dan Maizawati (kedua-dua bukan nama sebenar) telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun. Aqil telah mengambil polisi takaful semenjak daripada mereka belum dikurniakan cahaya mata lagi, dan meletakkan nama isterinya, Maizawati sebagai penama bagi polisi takafulnya. Disangka cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Istana bahagia yang mereka layari selama ini tidak mampu bertahan lama akibat orang ketiga.

Akhrinya pasangan ini bercerai dengan baik dan Aqil berkahwin dengan Wahidah (bukan nama sebenar). Malang pula tidak berbau (bukan meniru stail Karam Singh Walia), Aqil meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Selaku isteri yang sah, Wahidah membuat tuntutan daripada syarikat takaful. Alangkah terkejutnya dia apabila ia ditolak oleh pihak syarikat kerana penama di dalam polisi tercatat nama Maizawati.

Maizawati pula mempertahankan haknya sebagai bekas isteri kerana pampasan tersebut penting untuk meneruskan sara hidup anak-anaknya hasil perkongsian hidup selama 15 tahun bersama Aqil.

Kes 2:
Mawi (bukan nama sebanar) bertunang dengan Diana (juga bukan nama sebenar) selama beberapa tahun. Di awal pertunangan mereka, Mawi telah meletakkan nama Diana sebagai penama bagi KWSPnya. Naman pertunangan mereka tidak berkekalan. Mawi telah beralih arah dan jatuh cinta dengan Ekin (juga bukan nama sebenar). Mungkin jodoh Mawi dan Diana tidak ada, maka Mawi berkahwin dengan Ekin. Diana juga mencari cinta baru selepas ditinggalkan cinta pertamanya.

Usia perkahwinan Mawi dan Ekin memang panjang. Dalam usia emas Mawi meninggal dunia atas sebab tua, meninggalkan Ekin dan anak-anak yang sudah besar panjang.

Selepas selamat dikebumikan, Ekin menunaikan beberapa tanggungjawabnya selapas kematian suaminya itu, termasuklah menguruskan wang KWSP Mawi.

Alangkah terkejutnya dia apabila dimaklumkan oleh pegawai KWSP bahawa wang KWSP Mawi hanya boleh
dituntut oleh penama yang tercatat di dalam borang KWSP Mawi, dan nama yang tercatat ialah Diana!

Kes 3:
Aidil (bukan nama sebenar), mengambil polisi takaful semenjak bujang lagi. Beliau meletakkan nama ibunya, Azizah (juga bukan nama sebenar) sebagai penama. Selepas berapa tahun mengambil polisi takaful, Aidil berkahwin dengan Rita Rudini (juga bukan nama sebenar) tanpa restu ibu bapanya.

Selepas berkahwin, sikap Azizah dingin terhadap menantunya itu lantaran perkahwinan yang tidak direstuinya itu.

Perkahwinan mereka dikurniakan beberapa orang cahaya mata. Malang tidak berbau, ketika usia perkahwinan mereka mencecah 15 tahun, Aidil menghidap kanser. Sebelum sempat membuat tuntutan takaful penyakit kritikal, dia meninggal dunia.

Lantas Rita meneruskan membuat tuntutan takaful bagi pihak suaminya. Namun pihak takaful menyarankan agar Rita untuk mendapatkan persetujuan daripada Azizah kerana polisi takaful tersebut adalah atas nama ibunya itu.

Namun, atas rasa tidak puas hati yang masih terkesan semenjak kes dahulu, Azizah enggan berkompromi dengan menantunya itu. Lantas beliau menuntut pampasan takaful tersebut.

Azizah mendakwa, ”Yang mati anak aku. Aku yang mengandung dan melahirkannya daripada perut aku. Dan aku jugalah yang membesarkannya daripada kecil selama 21 tahun sebelum dia berkahwin”.
Rita terpaksa berendam perasaan mengenangkan anak-anak masih kecil hasil perkongsian hidupnya dengan Aidil.

Jika ada sesiapa yang boleh menyelesaikan kemelut di atas, sudi-sudilah memberi pandangan.

Berminat untuk mengetahui berkenaan takaful? Lengkapkan borang di bawah:

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

9 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam satu temujanji, seorang pegawai tinggi sebuah syarikat antarabangsa berkata…