fbpx

Siapa Selepas Shah Rukh Khan?

  • 15 years ago
  • 2Minutes
  • 249Words
  • 300Views

Sungguh murah “harga” sebuah gelaran Datuk di Malaysia.

Rata-rata rakyat Malaysia membantahnya. Buktinya, di dalam undian SMS di dalam Buletin Utama TV3 pada 14 Oktober, 91% pengundi menolak BN tidak bersetuju dengan soalan “Adakah anda bersetuju anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan mempengaruhi pelancongan malaysia ? ”.

Faisal Tehrani menganggapnya sebagai “tidak diterima akal” . Ustaz Hasrizal menganggap sebagai “kemuncak dogol” . Kassim Selamat pula membuat motto: “Ingat Melaka, Ingat Shah Rukh Khan” . Tapi Nobisahah pula mempertahankan tindakan ini .

Namun, tidak pula media-media di Bollywood beria-ia bercerita hal ini. Rujuk di sini, di sini .

Malah di dalam blog “Datuk” Shah Rukh Khan (adakah beliau akan menggunakannya untuk memperkenalkan dirinya selepas ini) pun tiada sangat liputan dan maklum balas berkenaan perkara ini. Rujuk Blog “Datuk” Shah Rukh Khan.

Entah-entah, “Datuk” Shah Rukh Khan tidak ambil endah pun tentang penganugerahan ini.

Selepas ini, siapalah pula agaknya yang akan menerima anugrah Datuk ini?

Mungkinkah “Datuk” Jackie Chan yang melakukan penggambaran filem Police Story di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu?

Mungkinkah juga “Datuk” Sean Connery dan “Datuk” (Datin?) Caterina Zeta Jones yang berlakon di dalam filem Entrapment yang berlatarbelakangkan KLCC?

Atau sekurang-kurangnya “Datuk” Juhi Jhawla yang bersama-sama “Datuk” Shah Rukh Khan di dalam filem yang sama mempromosikan Melaka.

Mungkinkah “Datuk” Inul Gerudi yang pernah mengadakan konsert di Malaysia beberapa bulan lalu (saya tidak pasti sama ada konsertnya diteruskan atau dibatalkan)

Jika konsert diambilkira, maka “Datuk” Michael Jackson pun layak menerimanya.

Lakaran kartun Sdr Zunar yang pernah disiarkan di www.malaysiakini.com di bawah ini boleh sama-sama kita renungkan bersama.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya rasa saya sudah jawapkan untuk persoalan "Siapa Selepas Shah…