fbpx

Sivaji The Boss!

  • 10 years ago
  • 2Minutes
  • 309Words
  • 329Views

image

“Singa datang seorang diri”
– Sivaji.

“Sheikh, kita hidup perlu bergerak secara berjemaah”
-Afyan.

Saya jarang menonton TV. Jika menonton pun, filem Tamil bukanlah rancangan pilihan.

Selalunya hari Ahad petang, jika tiada aktiviti sosial keluarga, program siasah, atau temu janji bisnes, saya akan gunakan untuk berehat di rumah (selalunya tidur, hoho!)

Tapi entah kenapa, petang tadi saya menongkah arus, melanggar adat, menyongsang tabiat selepas membaca beberapa status FB, tentang filem Sivaji.

Saya telah ter”menonton” filem Tamil bertajuk “Sivaji The Boss”.

Siapa yang turut menonton? Angkat tangan! (atau angkat mouse, atau angkat smartphone!)

Sivaji: Filem vs Realiti
———————-

Dalam realiti kehidupan sebenar, sukar untuk menjadi seperti Sivanji, datang seorang diri seperti “singa” memperjuangkan kebenaran.

Ia selalunya hanya wujud di dalam filem. Jika di Barat, Sivajinya ialah Superman, Spiderman, Iron Man, atau di Jepun ia adalah Ultraman, Gaban atau Ksatria Perkasa Hitam.

Serius, ia hanya wujud di dalam filem, bukan di dunia realiti. Dalam dunia realiti, kita perlukan Avangers, Superfriend, atau Power Rangers.

Kita perlukan jemaah “singa”  untuk menggabung “singa-singa”  untuk memperjuangkan kebenaran. Singa-singa ini akan bergerak dalam satu jemaah, melawan korupsi dan kejahatan.

Apapun, jalan cerita Sivaji ini bagus utk teladan. Menentang korupsi dan rasuah. Sehinggakan disebut, “hendak bina tandas pun perlu merasuah”.

Bayangkan, sesebuah parti pemerintah boleh naik dan turun disebabkan oleh seorang mafia.

Sivaji: Versi Malaysia
———————-

Agak-agak jika versi Malaysia, siapa yang kita boleh cadangkan untuk lakonkan untuk watak Sivanji dan watak antagonisnya?

Dan paling penting, jalan cerita yang sesuai dengan versi Malaysia.

Tapi jika jalan ceritanya seperti “Roda-roda Kotaraya”  atau “Gerak Khas”, yang hanya memaparkan adegan polis berjalan sambil bercakap, elok diabaikan.

Jadi, mungkin kita boleh ambil jalan cerita Sivaji menentang rasuah lembu dan kapal selam.

Dan kita boleh masukkan dialog tandas yang dibina sebab rasuah “Air tada. Kinchin bole, vara tabuli”.

Mohon terasa dan sentap. Sekian.

Afyan Mat Rawi,
Gombak,
17 November 2013.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Teka-teki Islamik SOALAN: Dalam banyak-banyak maksiat dan dosa yg ada…