3

2

Pagi-pagi ini terima tag bertalu-talu pada status link berita tentang penangkapan pengasas Mecca Fund / Islamic Hotel / MIH.

Seperti biasa akan ada soalan-soalan lanjutan tentang skim-skim lain yang wujud seperti ARBA, PowerGold, Zenith Gold, Affiliate Junction, MFace, Pencil, FXUnited, Cipan, Kambing Golek, Neelofa, Fazura, dan segala macam skim-skim pelaburan.

Saya sudah perkatakan tentang Mecca Fund ini sejak tahun lepas lagi.

Yang selama ini saya dedahkan, dan kemudiannya terbukti ia skim cepat kaya seperti emas delay Tok Belagak, YSLM, UFUN, Wadiah Trading, Highway Group, Alfafa dan yang terkini Mecca Islamic Hotel atau Mecca Fund – bukan sebab saya boleh meramal masa depan, tapi hanya guna logik akal yang waras.

Dan saya bukanlah ada masa sangat hendak mengkaji semua skim-skim tersebut.

Saya tak tahu detail program ini dan tak larat nak ambil tahu, sebab banyak sangat PM soalan-soalan tanya skim itu skim ini, sebab saya pun ada banyaaaak kerja lain, sebab lagi pun dah banyak kali saya sebut tentang bendalah ni…

Jika boleh bagi jaminan melebihi 10% pulangan setahun, ia adalah tidak logik. Apatah lagi kalau pulangan 20% sebulan!

20% SEBULAN beb! Warren Buffet pun boleh menangis kalau tahu.

Untuk program ini, dan mana-mana program yang memberi JAMINAN pelaburan yang “too good to be true”, elok fikir 12,678 kali sebelum sertai.

Tidak kira apa namanya, UFUN, ARBA, Meccafund, ETA, CGAT, GWGX, Takaful, Unit Amanah, Neelofa, Fazura – jika ia memberi JAMINAN PULANGAN dengan ROI yang tinggi 50% hingga 100% setahun – mempunyai CIRI SKIM CEPAT KAYA.

Tidak perlu ada PhD, tidak perlu ada IFP, tidak perlu membuat kajian RND, tidak perlu membuat siasatan CSI dan lain-lain – TIDAK PERLU SEMUA INI.

Hanya perlu tanya, adakah ia “TOO GOOD TO BE TRUE”?

Jika YA, maka jauhkanlah.

Tak faham TOO GOOD TO BE TRUE?

Kalau pelaburannya DIJAMIN PULANGANNYA sehingga boleh mencecah 50%, 100%, 150% setahun – ini adalah sesuatu yang tidak masuk dek akal.

Fikir 12,768 kali sebelum sertai.

Berhati-hati, kawan…

Kalau nak join juga, silakan. Saya tak rugi pun kalau Tuan-Puan join dan saya untung pun kalau Tuan-Puan tersontot kelak.

Kalia tersontot nanti, saya hanya akan ucapkan “PADAN MUKA”.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?