Skrip Yang Sama, Sampai Bila?

Sama tapi tak serupa.

Rujuk gambar pertama, kedua dan ketiga

Surat pertama dikeluarkan pada 2013, surat kedua dikeluarkan pada 2015 dan yg terkini, beberapa hari lepas, September 2017.

Surat tahun 2013 dikeluarkan ketika kecoh kes Alfafa.

Surat tahun 2015 pula dikeluarkan ketika kecoh kes Antara Tropika.

Manakala yg terkini, tahun 2017 dikeluarkan apabila kecoh kes DBI Group.

Kesemua surat dan siaran media di atas dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sampai bila ia akan berulang?

Boleh baca surat-surat yg dikeluarkan. Skripnya lebih kurang sama. Minta para pengguna berhati-hati.

Disebabkan oleh kes pertama (Alfafa) dan kedua (Antara Tropika), saya dibawa ke mahkamah oleh Alfafa, dan bonzer dihantar ke ofis saya utk diberikan amaran oleh Antara Tropika.

Kedua-dua kes itu saya kongsikan dalam buku Tersontot Di Pintu Shorga.

Besar harapan saya ini kali terakhir insiden seperti ini berlaku dan kali terkahir KPKT mengeluarkan surat sebegini.

Tahun 2017, kes DBI berjaya menarik perhatian PPIM sebuah NGO berkaitan isu-isu kepenggunaan utk membawa kes ini ke tengah.

Maaf, saya tidak ada sebarang harapan terhadap KPKT memandang ini bukan kali pertama kes sebegini. Namun besar harapan saya terhadap PPIM.

Good luck PPIM dan wira-wira tidak didendang; Tuan Khairul Ezuwan KEY, dan Tuan Yusuf Azmi. Tidak lupa kepada peguam PPIM dalam kes ini, sahabat saya Tuan Hishamuddin Hashim.

Afyan Mat Rawi
Nyaris tersontot dgn Tok Belagak
Founder #NerakaWang

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?