fbpx

Soalan Manifesto Tawaran PAS-Pinjaman Kereta Pertama Tanpa Faedah

FAQ Manifesto Tawaran PAS Kepada Anak Muda: Pembelian Kereta Pertama Melalui Pinjaman Tanpa Faedah

Terima kasih atas komentar, persoalan mahupun kritikan yang dikemukakan dalam posting berkenaan perkara ini.

Tak sempat kami balas satu persatu.

Kami cuba berikan respon tentang beberapa persoalan utama yang dikemukakan;

—–

SOALAN 1:

Kenapa perlu bazirkan duit untuk pembelian kereta yang akhirnya jadi liabiliti?

Kenapa tak gunakan untuk bangunkan infrastruktur jalan raya dan pengangkutan awam?

RESPON:

Ya, memang perkara-perkara itu pun ada dalam agenda dan manifesto PAS.

Antara tawaran PAS lain seperti:

 Mewujudkan jaringan pengangkutan awam yang lebih cekap untuk menghubungkan bandar dan luar bandar

 Meningkatkan kecekapan pengangkutan awam dan memperluaskan penggunaan kad diskaun atau voucher pengangkutan awam

 Menyediakan rumah mampu milik antara RM50,000 hingga RM180,000

Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk membantu meringankan bebanan ibu-bapa.

 Semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun bagi membuat penstrukturan semula bayaran tol supaya dapat kurangkan bebanan rakyat

Dan baaaaaaaaaaanaaak lagi.

Boleh dowload dokumen-dokumen berkaitan di https://tinyurl.com/ManifestoPAS

Tawaran PAS kepada anak muda untuk melaksanakan skim pembelian kereta pertama melalui kaedah pinjaman tanpa faedah ini hanyalah satu daripada puluhan tawaran PAS.

InsyaALLAH akan dikongsikan dari masa ke masa.

——

SOALAN 2

Ada duit ke? Berapa Kos? Tak rugi ke buat macam ni?

RESPON:

Teras pertama Kerajaan PAS Malaysia ialah INTEGRITI.

Itulah track record yg dipegang oleh PAS yangg tiada pada parti-parti lain. Sifar rekod laporan dan siasatan SPRM berkaitan rasuah berbanding PH dan BN yang masing-masing lebih 20 dan lebih 70 kertas siasatan dibuka.

Selama 20 tahun lebih dianaktirikan oleh diktator bapa kleptokrasi dan diteruskan oleh legasi kleptokrasi hingga sekarang, Kerajaan PAS terus menerus Membangun Bersama Islam dengan dana yang terhad.

Secara umumnya, apabila kerajaan mempunyai integriti dan zero rasuah maka ketirisan akan dikurangkan sehingga sifar tiris.

Berbillion-billion RM dapat dijimatkan apabila tidak berlaku ketirisan.

Wang itulah nanti digunakan utk membiayai projek-projek baru.

—–

SOALAN 3:

Ada ke bank nak buat? Tak rugi ke bank? Bank dah ada sistem dia, boleh ke bank buat.

RESPON:

Secara umumnya dari sudut teknikal, ada pelbagai kaedah yang kita boleh lakukan.

Dan teknikal itu, akan diperhalusi selepas mendapat mandat nanti.

Antara teknikal yang boleh dilakukan ialah proses jual beli dengan pinjaman tanpa faedah tersebut dilakukan secara terus dengan kerajaan.

Ia umpama mekanisma pinjaman JPA yang diberikan oleh kerajaan. Berikan kepada yang layak.

Mekanisma lain ialah kita akan buat tawaran kpd bank-bank tempatan; mana-mana yang boleh tawarkan perkhidmatan ini dnegan kadar keuntungan pembiayaan bawah 2.5%, boleh menyertai skim ini.

2.5% itu akan ditanggung oleh kerajaan.

Jika cara pertama tadi, kerajaan yang uruskan pinjaman dan ada kos-kos terlibat untuk menguruskan pinjaman tersebut manakala cara kedua tadi, kos tersebut ditukar kepada keuntungan bank yang sudah pun mempunyai fasiliti sedia ada.

Mekanisme pertama, kerajaan perlu wujudkan satu institusi dan sudah tentu institusi itu memerlukan kos utk membiayainya.

Manakala dalam mekanisme kedua, kos tersebut kerajaan bayar terus kpd bank yg sudah pun mempunyai fasiliti dan kepakaran untuk menguruskannya.

Ada lagi beberapa mekanisme lain dan perkara itu bersifat teknikal dan terbuka kepada cadangan dan penambahbaikan.

Yg penting, pastikan PAS menang dan PAS akan laksanakan.

Sama seperti PAS Kelantan laksanakan cuti hari Sabtu, cuti bersalin 60 hari – masa mula-mula dicadangkan memang byk kritikan.

Tapi kemudiannya kerajaan Pusat tiru.

Mohon kongsi-kongsikan dan ikuti sesi ini secara LIVE di FB Ir Khairil Nizam https://www.facebook.com/IrKhairilNizam

Cekidaud!

* Ir Khairil Nizam adalah seorang jurutera yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia yang akan menjadi calon PAS bagi kerusi Parlimen Gombak P098 dalam PRU kali ini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com