fbpx

SSPN-i Plus Alternatif Simpanan Kepada Takaful Pendidikan

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 284Words
  • 578Views

Alternatif terbaik kepada simpanan dan takaful pendidikan.

Sejak saya terlibat dalam industri perkhidmatan kewangan Islam pada tahun 2003 yang bermula sebagai ejen takaful, boleh dibilang dengan jari jumlah klien yang melanggan polisi takaful pendidikan dengan saya.

Lebih-lebih lagi selepas saya menamatkan pembelajaran IFP saya pada tahun 2012.

Bukan ia tidak bagus, tapi ada yang lebih bagus berbanding menggunakan instrumen takaful pendidikan untuk membina dan pendidikan anak-anak ke universiti.

Saya sendiri tidak melanggan takaful pendidikan untuk anak-anak saya, jadi saya berasa seba salah untuk cadangkan kepada pelanggan produk yang saya sendiri tak langgan.

Untuk anak-anak, cukup sekadar medical card dgn bajet di bawah RM100 seorang untuk manfaat bilik RM300 dan limit tahun RM270,000.

Yang penting ialah perlindungan untuk parent sebagai income protection, jauh lebih penting berbanding takaful pendidikan untuk anak-anak.

Plan takaful pendidikan saya hanya cadangkan kepada prospek yang sudah lengkap plan income protection sekurang-kuranganya cover 10 tahun gaji, ada medical card sekeluarga yang tinggi had tahunan. Tapi nak jumpa prospek jenis sebegini sangat rare. Setahun sekali pun payah 🙂

Untuk simpanan dana mereka ke universiti saya sendiri gunakan dan cadangakan instrumen simpanan Tabung Haji.

Yang terkini, ialah SSPN-i Plus. Untuk membuka akaun boleh klik link di sini

Ini adalah alternatif terbaik kepada simpanan dan takaful pendidikan.

SSPN-i Plus Pelan Simpanan Terbaik

Malah ia sebagai “pesaing” kepada produk takaful pendidikan.

Melalui SSPN-i Plus ini, kita boleh pilih kombinasi simpanan dan takaful yang kita inginkan.

Peruntukan untuk simpanan dan peruntukan untuk takaful memang dipakejkan sekali dan kita boleh tahu jumlah peruntukan setiap satu dalam satu produk.

Ia juga mudah dilanggan secara online, boleh klik link di bawah

https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/YearEnd/


Baca juga artikel : SSPN-i Plus Alternatif Simpanan Kepada Takaful Pendidikan


Afyan Mat Rawi
Ejen Takaful Cabuk sejak 2003

 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini info dari FB PPZ; SIMPANAN DI ASB WAJIB DIZAKATKAN…