fbpx

Status Terkini Hukum ASNB (ASB?) Oleh Jabatan Mufti Selangor

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 212Words
  • 728Views

Surat atas nama Jabatan Mufti Negeri Selangor ini tersebar di media sosial petang ini.

Ia sesuatau yang menarik kerana sebelum ini Fatwa Mufti Selangor sejak zaman Allahyarham Sohibus Samahah Dato’ Ishak Baharom dahulu, ASB adalah haram.

Akan ada beberapa implikasi terhadap perkara-perkara lain seperti hukum zakat ASB, hukum faraidh ASB dan lain lain di negeri Selangor, yang selama ini tidak harus dizakatkan dan difaraidhkan.

Sejak dahulu, walaupun saya tidak mempunyai akaun ASB, saya mengambil pendekatan menghormati keputusan-keputusan dari kalangan ilmuan dan bijak pandai agama berhubung perkara ini.

Ia jauh lebih bagus daripada mengambil pendapat alim ulama Facebook.

Rujuk tulisan : Hormati Institusi Fatwa Dan Ulama

Saya tertarik kepada kenyataan dalam surat rasmi ini;

“Hukum pelaburan …. ASB adalah harus kerana peratusan dalam syarikat patuh syariah telah melepasi 66% menurut piawaian SC…”

Piawaian 66% itu tiada dalam makluman saya dan perlu dirujuk kepada pakarnya.

Saya baru menghantar e-mel kepada Jabatan Mufti Selangor untuk mendapatkan pengesahan mereka.

Jika ia benar, satu perkembangan yang menarik dan tinggal lagi Pulau Pinang dan Pahang yang masih berpegang ASB adalah haram.

Satu lagi perkembangan di dalam surat ini yang disebut ialah ASNB, bukan ASB.

Jadi, kira tunggu perkembangan lanjut daripada pihak-pihak berkaitan.

Jemput baca beberapa tulisan saya tentang ASB di Koleksi Artikel Berkaitan ASB

IKLAN: ASB Financing PALING RENDAH DI DUNIA.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika hari ini seorang scammer mencari mangsa, Jika hari ini…