Syarikat Takaful / Insurans Akan Perkenalkan Produk Tanpa Perlu Ejen

2

1. Berita bertajuk “Insurance to be offered through direct channel without commissions from next year – BNM” mendapat reaksi yang pelbagai daripada public dan netizen.

2. Ada yang terparanjat, ada yang teruja dan tidak kurang yang gembira.

3. Sebenarnya ia adalah sebahagian daripada kertas kerja yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sejak tahun 2013 yang bertajuk ” Life Insurance and Family Takaful Framework”.

4. Dalam framework ini, sasaran BNM untuk meningkatkan kadar penembusan insurans dan takaful di Malaysia pada tahun 2020 sebanyak 75%, yang sekarang 55.5%.

5. Selepas kertas kerja itu dikeluarkan ia mendapat respon pelbagai terutama daripada pemain industri yakni ejen takaful dan insurans kerana ia bakal memberi kesan langsung kepada mereka.

6. Dan tahun 2015, kertas kerja sama dikeluarkan dengan 3 tonggak untuk mencapai sasaran tersebut:

  • Secara beransur-ansur mengurangkan kos operasi syarikat untuk mempromosi produk yang berinovasi dalam masa sama mengekalkan manfaat.
  • Mempelbagaikan medium pengedaran (distribution channel) produk insurans dan takaful.
  • Mengukuhkan pengendalian pasaran bagi memastikan pengguna mendapat coverage yang tinggi.

(Boleh cari kertas kerja bertajuk “Life Insurance and Family Takaful Framework” dalam website BNM untuk membaca tulisan lengkap).

 

JADI APA IMPAKNYA KEPADA INDUSTRI? ADAKAH EJEN SUDAH TIDAK DIPERLUKAN?

7. Sebenarnya sebelum ini sudah ada pun produk takaful / insurans yang boleh di langgan secara terus dengan syarikat tanpa melalui ejen seperti takaful kenderaan, takaful kemalangan diri, takaful kebakaran dan sebagainya.

8. Ejen masih lagi boleh memasarkan produk sama, namun terpaksa bersaing dengan pihak syarikat. Jadi hanya ejen yang cekal sahaja yang bertahan.

9. Sebelum ini ia berlaku dalam industri takaful am / insurans am, dan kini akan berlaku dalam takaful keluarga / insurnas hayat.

10. Berbanding takaful am, dalam bisnes takaful keluarga mempunyai sistem agensi iaitu kumpulan agensi yang diketuai oleh Group Agency Manager dan Agency Manager diikuti oleh ejen-ejen takaful yang memasarkan produk-produk takaful.

11. Tahun 2016 sudah pun berjalan tempoh percubaan “Balance Score Card” kepada ejen-ejen takaful keluarga yang memberi penilaian kepada kualiti kerja ejen-ejen takaful.

12. Akan datang apabila sistem Balance Score Card ini dikuatkuasakan, ia akan memberi impak kepada ejen dari sudut komisen. Ya, komisen ejen ada kebarangkalian untuk berkurangan sekiranya tidak memenuhi standard yang dikehendaki.

ADAKAH EJEN SUDAH TIDAK DIPERLUKAN?

13. Selama ini sudah ada pun beberapa syarikat yang menawarkan produk yang dilanggan direct secara online melalui website syarikat.

14. Dan tahun depan, SEMUA syarikat akan ada produk yang boleh ditawarkan kepada pelanggan secara terus tanpa perlu ejen dan lebih.

15. Ia berita baik kepada pengguna kerana ada produk yang lebih murah.

16. Apapun, bukan semua produk begitu. Masih ada produk yang hanya ditawarkan melalui ejen. Bermakna peranan ejen masih releven, namum semakin berkurangan berbanding sebelum ini.

17. Selain itu, BNM juga mensasarkan jumlah perunding kewangan berdaftar melalui Financial Advisory Firm akan bertambah pada masa akan datang, sebagai salah satu channel distribution.

18. Malaysia ke arah negara maju, dari antara ciri di sesebuah negara maju antaranya ialah kadar penembusan insurans yang tinggi. Sebagai contoh di Jepun, kadar penembusan insurans ialah 400%, yakni seorang rakyat memiliki purata 4 polisi insurnas hayat.

19. Jadi, pada masa akan datang, hanya ejen yang betul-betul cekal dan berkualiti sahaja yang akan kekal manakala yang masih berada di takuk lama yang menjalankan bisnes takaful sama seperti salesman akan meninggalkan industri.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?