fbpx

Tabung Harapan Malaysia dan World Cup

Ada 2 isu utama yang sedang berlegar

1) Tabung Harapan Malaysia
2) RM40 juta untuk menaja World Cup

Antara pertikaian yang dibuat ialah, kenapa perlu Tabung Harapan Malaysia tapi dalam masa sama boleh pula taja World Cup?

Untuk meleraikan polemik ini, apa kata tukar begini?

Buat tabung untuk kumpul RM4 juta daripada peminat bola sepak Malaysia untuk menaja RM40 juta World Cup tersebut, tanpa perlu tabung untuk membayar hutang negara?

Tahukah anda, amalan ini pernah dilakukan oleh rakyat Malaysia ketika Piala Dunia 1982?

Idea ini dicetuskan oleh seorang ejen insurans bernama Peter Teo yang menelefon suratkhabar Malay Mail memberi cadangan supaya rakyat Malaysia menyumbang RM1 seorang untuk menaja siaran World Cup 1982.

Ia berikutan pengumuman RTM bahawa hanya empat perlawanan akan disiarkan secara langsung: perlawanan pembukaan, separuh akhir dan akhir. Siaran empat perlawanan ini ditaja oleh syarikat minyak besar, Shell tetapi RTM tidak ada duit yang cukup untuk siarkan perlawanan-perlawanan lain.

Ketika itu Piala Dunia diadakan di Espanyol.

Idea cadangan dari Peter Teo itu selepas perlawanan sepak mula antara Belgium dan Argentina pada 13 Jun 1982.

Sebaik sahaja wisel tamat yang menyaksikan Argentina ditewaskan Belgium, rakyat Malaysia seolah-olah tidak percaya bahawa untuk beberapa minggu selepas itu, mereka tidak dapat menyaksikan lagi perlawanan dari Espanyol.

Lukisan Lat ini menggambarkan situasi yang berlaku pada tahun 1982 itu.

Berdasarkan cadangan Peter Teo, jika seorang rakyat Malaysia menderma RM1 seorang, wang tersebut mampu untuk membantu RTM membayar lesen penyiaran World Cup 1982.

Disebabkan demam bola sepak World Cup yang melanda, cadangan itu cepat viral sekalipun tanpa media sosial seperti sekarang.

Ia diperkatan di media-media massa ketika itu sehingga kemuncaknya RM300,000 berjaya dikumpulkan di bawah tabung People’s Live Telecast Fund (PLTF).

Selepas itu ia menjadi sejarah….

Setiap siaran World Cup 1982 akan tertera “DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA”

Sukan boleh menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik. Ia masih sempat untuk diusahakan sekarang untuk meleraikan polemik Tabung Hutang Negara dan isu tajaan World Cup RM40 juta.

Afyan Mat Rawi
Saya Sayang Malaysia

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com