“Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga” – Peribahasa Melayu.

Tahi scam akan sentiasa cari scam sampai bila-bila selagi mana ada perasaan tamak dlm diri.

Ciri tahi scam – Nak hidup mewah, mahu wang mudah TAPI tidak mahu kerja kuat.

Nak kaya, tapi malas kerja kuat.

Lepas satu scam tersontot, akan lompat ke scam lain.

Saya kenal beberapa individu secara personal, kawan-kawan dan kaum kerabat yg memang jenis macam ini.

Dari zaman belajar terlibat dengan scam-scam begini, hingga yg terkini scam Mecca Fund. Walaupun sudah dinasihati secara personal pun masih tidak percaya.

Ada seorang lagi, terlibat dari scam Buku Mas, kemudian Dinar Iraq dan yg paling latest saya tahu tersontot dengan scam Tok Belagak.

Dan orang jenis begini memang jenis tamak dan degil. Ia akan sentiasa wujud dari zaman ke zaman.

Sebab itu scam-scam ini sentiasa mendapat sambutan.

Gambar hiasan dari page SNTM. Saya bukan admin. Hoho!

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?