Takaful Untuk Protection

Dahulu apabila saya selalu share tip takaful, supaya fokus kepada protection, datang ejen-ejen yang tak puas hati walhal saya tak sebut satu patah perkataan pun memburukkan mana-mana kompeni secara spesifik.

Jika terasa, nak buat macamana.

Takaful untuk protection.

Rule of thumb, bayaran minima dengan coverage maksima.

Saya kongsikan berdasarkan ilmu yang saya pelajari dalam IFP dan dari buku-buku perancangan kewangan pakar-pakar kewangan.

Bab saving, return, investment, keluar duit 3 tahun sekali, daftar haji – ini sebagai bonus. Ada bagus, tak ada pun tak mengapa.

Kini, saya kongsikan perkara sama dalam investment. Saya fokus dari aspek investment unit trust.

Perkara sama berlaku, saya dikatakan burukkan kompeni org lain. Walhal saya kongsikan data dan panduan untuk menilai prestasi dana.

Dalam investment, pusing ikut mana-mana pun, pelabur nak pulangan.

Nak ROI. Return of investment.

Kita membuat penilaian satu-satu dana berdasarkan pulangan, ranking Lipper, preservation, votality dll.

Rujuk kepada Lipper, Bloomberg, my.morningstar, Novagni dll.

Kalau ada perkara-perkara lain seperti dividen, takaful percuma, hadiah dan lain-lain, itu ialah perkara sampingan.

Kalau ada, bagus. Kalau tak ada pun tak mengapa.

Takkan sebab dapat beg percuma atau takaful percuma, kita abaikan faktor pulangan.

Antara dana A yang ada takaful percuma tapi pulangan sama macam Tabung Haji dengan dana B yang tiada takaful percuma tapi bagi pulangan 10%-12%, kita nak pilih mana?

Nota: Status-status perkongsian saya utk pengguna. Tidak perlu defensif sangat apabila pengguna semakin cerdik.

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?