Tanah Suci Tempat Berbilang Bangsa

Wajah-wajah umat Islam jemaah haji dari negara luar yg sempat saya bergambar semasa di sana.

Selalunya, saya akan menyapa;

“Assalamualaikum, you can speak English?”

Kebanyakan jemaah dari India, Bangladesh atau Pakistan, mereka boleh berkomunikasi bahasa Inggeris dengan baik.

Tapi jika jika dari negara seperti Turki, Afrika, Nigeria, China dan sekitarnya, jarang-jarang sahaja yg boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Selalunya guna bahasa isyarat sahaja.

Jika dari Indonesia dan Thailand, selalunya berkomunikasi dalam bahasa Melayu sahaja.

Apabila mereka boleh berbahasa Inggeris, saya akan tanyakan;

“Where are you come from?”

Atau saya terus meneka “You are from …..” dengan menyambung meneka nama negara asal mereka. Selalunya tepat.

Selepas itu mereka akan bertanya kembali nama saya dan saya berasal daripada mana.

Setakat seingat saya, tiada yg meneka dengan tepat.

Ramai juga yang meneka India atau Indonesia. Aduhai….

Jika Indonesia, saya boleh faham jugalah. Tapi ada juga yang meneka India.

Mungkin wajah saya nampak ciri-ciri antarabangsa 

Lalu saya akan memberi respon;

“I’m from Malaysia”, sambil tersenyum tanda tidak ambil hati dengan tekaan mereka.

Apabila menyebut nama negara kita “Malaysia”, ada juga yang tidak kenal.

Tapi nagi yg kenal, selalunya mereka akan terus terpacul dari mulut mereka;

“Malaysia! Mahathir Mohammad!”.

Tidak dapat dinafikan, nama Malaysia dan Tun M cukup sinonim di mata antarabangsa.

Cuba skroll gambar-gambar ini. Ada yang kenal tak? Ada satu gambar saya bersama dengan artis Antarabangsa 

Oh ya, ada sekeping dua gambar dengan rakan-rakan di sana.

#MemoriHaji1438

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?