Hari ini, FB saya dihiasi dengan status-status berkaitan kisah tayar dan riba ini.

Majoriti yang berikan komen daripada rakan-rakan yang berada dalam bidang syariah di industri kewangan Islam.

Ini status asal yang mengundang sedikit polemik hari ini;

Din: Tayar kereta aku dah botak laa. Pinjam duit engkau boleh? Bulan ni aku tak de duit nak beli baru.

Karim: Berapa harga tayar?

Din: RM150 sebuah. 4 buah, RM600.

Karim: Beginilah. Aku beli tayar tu, kemudian aku jual kepada engkau RM650. Engkau bayar dalam masa sebulan.

Din: Eh! Macam tu ya?

Karim: Ya! Aku ikut cara pinjaman perbankan Islam.

Din: Oh ya ke?

Karim: Yup. Samalah macam kita ambil loan kereta atau rumah melalui perbankan Islam.

Din: Ooo, setuju.

Karim: Baiklah, persetujuan engkau ialah akad dalam urusan jual beli kita ini.

—–

Itu status yang ditulis oleh seorang tokoh.

Katanya itu ialah riba. Beliau menulis lagi;

“Maka apa yang dilakukan oleh Karim ialah riba yang diharamkan dan bukannya jual beli yang dihalalkan Islam.

Adanya akad antara Karim dan Din tidak memberi pengaruh kerana akad tidak boleh menghalalkan apa yang haram.
Di atas adalah contoh kecil.

Cuba renungi “pinjaman Islam” yang kita gunakan untuk membeli rumah, kereta dan lain-lain.

Pelbagai nama canggih diberikan oleh pihak bank untuk produk pinjaman tersebut. Soalannya, adakah ia benar-benar bebas riba?”

Dan ini respon saya;

—–

Saya bukan pakar dalam bidang ini.

Tapi saya tsiqah kepada alim ulama dalam bidang muamalat.

Dalam situasi di atas, jika ada syarat Karim beli dan wajib Din beli maka ia riba .

Tapi jika tiada syarat – ia tidak jadi riba kerana berlaku 2 kontrak berasingan:

Kontrak 1: Karim beli tayar dari kedai tayar

Kontrak 2: Din beli tayar dari Karim.

Din ada hak untuk tidak beli tayar dari Karim selepas Karim beli tayar dari kedai – tidak berlaku riba.

Dan inilah yang dilakukan oleh perbankan Islam.

Bacaan tambahan:

http://afyan.com/perbankan-islam-tidak-islam.html/

http://afyan.com/perbankan-islam-tidak-islam-2.html/

http://afyan.com/20-ciri-perbankan-islam-idaman-semua-no-2…/

Wallahua’lam

Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?