Antara 2 pelabur berikut, manakah pelabur bijak;

 

PELABUR A, melabur dalam Dana ABC Investment.

Antata ciri Dana ABC;
– Dana ini dimiliki oleh syarikat yang besar dan diyakini
– Dana ini mempunyai jumlah dana terbesar di Malaysia
– Malah syarikat ini juga mempunyai cawangan terbanyak, ejen terramai
– Jika jumlah mencapai jumlah pelaburan tertentu, akan dapat takaful percuma tanpa perlu medical check-up dan juga wasiat percuma
– Pelabur A yakin dengan syarikat ini kerana ciri-ciri tadi walaupun pulangan pelaburan tidak seberapa
– Rekod pulangan dana ini untuk tempoh 5 dan 10 tahun kira-kira 6%

Kata Pelabur A “Past performance doesn’t indicate future result”.

 

PELABUR B, melabur dalam Dana ZZZ.

Ciri Dana ZZZ;
– Tak terkenal langsung. Langsung tidak nampak billboard, cawangan, ejen syarikat ini.
– Tapi apabila disemak di dalam Lipper, ia antara dana yang mempunyai prestasi memberangsangkan.
– Malah dalam my.morningstar pun ia antara dana yang direkomen.
– Di dalam portal KW5P, ia antara dana yang boleh dilaburkan menggunakan satu akaun yang mempunyai kedudukan teratas.
– Mempunyai preservation yang tinggi sesuai dengan tahap risiko dan potensi pelaburan yang sanggup diterima oleh Pelabur B
– Pelabur B tahu bahawa hanya 20% dana yang boleh dilaburkan melalui KW5P mendapat pulangan lebih tinggi daripada KW5P.
– Dalam tempoh 5 dan 10 tahun, pulangan dan ini sekitar 10%

Kata Pelabur B “Past performance doesn’t indicate future result”.

Manakah pelabur bijak pada pandangan anda?

Dan nyatakan sebabnya.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?