Tidak dapat dinafikan, peluang kerjaya dalam bidang kewangan merupakan antara kerjaya yang menawarkan pendapatan yang tinggi.

Setiap tahun, statistik penyertaan ke dalam bidang ini sungguh memberangsangkan.

Memang ada yang sudah menjadi jutawan dalam masa singkat apabila menyertai bidang ini terutama yang menyertai dalam bidang jualan seperti ejen takaful, ejen insurans, ejen unit trust dan lain-lain.

Dalam masa sama, tidak kurang juga yang gagal di tengah jalan atau di tepi jalan.

Ada satu jenaka yang berbunyi;

“Jika kita ambil 10 biji batu dan lemparkan ke pasar malam, nescaya sebiji batu akan terkena ejen atau bekas ejen takaful / insurans”.

Namun, tahap kesedaran kewangan di Malaysia masih lagi rendah berdasarkan fakta dan statistik yang ada;

1. 90% pemegang polisi insurans memiliki jumlah coverage yang rendah atau under insured.
– Statistik dari LIAM (Life Insurance Association Malaysia)

2. Jurang perlindungan pengguna takaful di Malaysia ialah RM200,000
– Data daripada MTA (Malaysia Takaful Association)

Jadi atas dasar itu, kami di INFAQ Consultancy mengambil inisiatif untuk berkongsi dengan lebih ramai lagi tentang kerjaya dalam bidang ini untuk membantu masyarakat di luar sana menguruskan kewangan, terutama takaful dengan betul.

Detail adalah seperti berikut;

INFAQ Bussines Talk (Takaful)
30 Mac 2017
8:00 mlm
Pejabat INFAQ Consultancy, Medan Selayang.

Boleh PM ke m.me/afyan.ifp atau hubungi nombor pada poster.

FOC. Free Of Charge

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?