fbpx

Terima Kasih Atas Cadangan Walaupun Lambat

Saya selaku admin page Neraka Wang mengucapkan terima kasih kepada Sdra Sobri yg prihatin atas cadangan yg dikemukakan.

Sebenarnya sebelum cadangan ini dibuat lagi saya sudah pun highlight isu #nerakawang dari personal loan.

Cuma, lambat sangat cadangan beliau.

Bukan setakat personal loan, malah hutang kad kredit, hutang kereta dan hutang-hutang lain juga.

Ketika teguran itu dibuat, tiada pula ejen kad kredit, ejen kereta, ejen bank yg marah-marah tuduh saya cari kesalahan mereka.

Tapi apabila perkara sama dilakukan kepada misselling takaful, misselling unit trust, misleading ASBF, datang ejen-ejen ini tak puas hati marah-marah.

Agak-agak kenapa ya?

Walhal semuanya ialah produk institusi kewangan? Kad kredit, personal loan, pinjaman kereta, unit trust, takaful, ASB Financing dll – semua ini ialah produk institusi kewangan.

Oh ya, saya nak komen di FB tersebut tapi tak dpt. Boleh tag beliau kalau kenal. Saya pun baru nampak semalam selepas ada org seru.

Mungkin beliau ada jawapan jitu.

Jika rakan-rakan ada jawapan, boleh berikan komentar. Nampak dalam komen posting itu pun ada rakan-rakan saya turut komen.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com