fbpx

Terima Kasih, Haters!

  • 8 years ago
  • 3Minutes
  • 401Words
  • 294Views

Terima Kasih, Haters!

Serius, saya amat berterima kasih dengan para haters saya.

Saudara saudari mengajar saya erti ketabahan dan mendorong saya untuk bergerak sepuluh langkah ke hadapan supaya lebih berwaspada.

Imbas kembali tahun 2009, ketika saya masih mentah dalam industri perkhidmatan kewangan.

Waktu itu saya baru-baru berjinak dengan dunia online, FB dan blog – saya bertembung dengan seorang otai industri insurans yang mengaku dirinya pakar insurans, yang mengatakan bahawa insurans konvensional itu halal dan menyalahkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saya waktu itu hanyalah seorang ejen takaful cabuk (sampai sekarang pun), dan tahun 2009 adalah tahun pertama saya menjadi perunding takaful sepenuh masa.

Antara soalan saya kepadanya (sebelum diblok dan diunfriend) ialah “Bagaimana dia boleh mengaku dia ‘pakar insurans’ “?

Katanya, sebab dia sudah lama menjadi ejen insurans, mendapat A dalam exam insurans, tulisannya banyak kali tersiar di majalah, dan mempunyai sijil dalam Financial Planner.

Atas sebab itu katanya dia lebih layak mengeluarkan hukum tentang insurans dan bukan para alim ulama. Pengiktirafan “pakar insurans” adalah self-claim pakar rupa-rupanya.

Selepas itu saya diblok dan diunfriend kerana membantah tulisannya yang mempertikaikan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Itu juga adalah satu trigger untuk saya terus menerus menulis di blog dan FB tentang perbezaan insurans dan takaful, menimba ilmu dalam Islamic Financial Planner (IFP), menempatkan tulisan-tulisan di media dan lain-lain.

Selain itu, haters yang paling kerap saya terima ialah haters dari kalangan penggiat-penggiat skim cepat kaya. Haters sebegini selalunya tidak lama, selepas tersontot mereka menjadi likers tegar. Hoho!

Tidak kurang juga haters dari kalangan ejen-ejen insurans / takaful yang tidak berpuashati dengan tulisan saya supaya langgan takaful untuk fokus kepada perlindungan bukan simpanan atau Investment. Juga ejen yang mempromosi brand tanpa fokus kepada keperluan utama takaful. Malah ada yang mengugut kononnya hendak lapor kepada BNM tapi selepas bertahun masih tiada.

Juga tidak kurang juga ejen unit trust yang tidak berpuas hati apabila saya kongsikan data tentang prestasi dana-dana unit trust yang saya perolehi daripada Lipper, Bloomberg, Novagni dan lain-lain. Katanya, saya memburukkan syarikat mereka.

Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada para haters saya selama ini 🙂

Setiap kali kalian memberi komen, sama ada dalam bentuk sindiran atau makian – memang saya takkan delete, ban atau unfriend (kecuali akaun fake yang dibuat semata untuk memaki saya) – ia paling kurang memberi saya peluang untuk berhenti sejenak dan berfikir;

“Aku boleh sahaja delete, ban dan unfriend haters kalau aku mahu, tapi sengaja aku tinggalkan sedikit supaya kalian tahu sang haters adalah hiburan saya”.

Afyan, Pengumpul Haters.

1

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Beli masa murah, jual masa mahal" Ini prinsip mudah dalam…