Auntie Siti,

Memandangkan tiada PU / Imam Muda / Daie yang tergamak menulis warkah kepada Auntie, maka saya gagahkan menulis untuk Auntie.

Auntie, ini hadiah dariku seorang rakyat Malaysia yang kos sara hidupnya sentiasa naik tak turun-turun.

Auntie, hari tu saya nampak antie dalam TV, FB, saya ingat sedutan filem Hantu Mak Limah Balik Kampung tapi rupa-rupanya Auntie.

Maafkan saya Auntie, apabila saya melihat Antie, banyak anggota saya bergetar. Ececece….

Terutama tulang tapak kaki, tulang tapak tangan, tulang siku dan tulang lutut…

Mungkinkah getaran ini yang Auntie anggap sebagai Tuhan?

Jika benar, terimalah warkah ini dengan sekali getaran tapak kaki ini melayang ke bibir Antie yang celupar itu.

Auntie, mungkin kita jarang atau tak sempat jumpa di dunia, saya harap Auntie sempat kembali ke pangkal jalan sebelum Auntie dimasukkan ke lubang kubur. Saya tak tergamak untuk kata Auntie ahli neraka walaupun ramai yang kata begitu. Mungkin mereka pemegang kunci neraka.

Aunti, semakin lama usia Auntie semakin meningkat. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Elok Auntie buat persediaan sekarang sebelum Izaril datang menggetarkan tubuh badan Auntie, sebelum getaran-getaran sangkakala Israfil ditiup, sebelum kubur bergetar-getar oleh soalan-soalan Munkar & Nakir dan sebelum getaran-getaran lebih kuat oleh Malaikat Malik. Tatkala itu getaran-getaran lain sudah tidak berguna lagi.

….”

Ikhlas dari PU / IM / Dai’e / MM Yan

P/S:. Beliau tidak sempat menamatkan warkah ini sebab tiba-tiba telefon beliau “yang” apabila getaran jari jemarinya menggegarkan telefon bimbitnya

P/SS: Kalau ada cadangan untuk sambungan warkah ini, dialu-alukan.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?