fbpx

Tidak Menghairankan, Tapi Sangat Menakjubkan Kalau…

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 156Words
  • 290Views

Tidak menghairankan kalau pihak berkuasa menggeledah rumah pemimpin politik yang tidak lagi berkuasa.

Tapi sangat menakjubkan kalau pihak berkuasa menggeledah rumah pemimpin yang sedang berkuasa.

Tidak hairan kalau pihak berkuasa merampas harta pemimpin yang sudah kalah dan hilang kuasa.

Tapi sangat luar biasa jika pihak berkuasa mampu merampas harta pemimpin yang baru menang dan sedang berkuasa.

Tidak terkejut kalau pihak berkuasa mendakwa dan menyiasat pemimpin yang sudah hilang kuasa.

Tapi sangat mengkagumkan jika pihak berkuasa mendakwa dan menyiasat pemimpin yang sedang berkuasa.

Pihak berkuasa akan lebih dihormati dan diyakini.

Di Malaysia lama, antara persepsi rakyat ialah pihak berkuasa merupakan alat sang penguasa untuk mengekalkan kuasa tidak kira PDRM atau SPRM mahupun pihak berkuasa tempatan.

Semoga persepsi ini tidak ada lagi di Malaysia baru.

Semoga pihak berkuasa akan lebih dihormati dan diyakini serta bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Afyan Mat Rawi
Rakyat biasa yg pernah kena tangkap polis dek ceramah politik

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Buat pertama kali, selepas 61 tahun Malaysia merdeka, tulisan saya…