fbpx

Tidak mungkin

  • 9 years ago
  • 2Minutes
  • 200Words
  • 260Views

Situasi berikut tidak mungkin berlaku di Malaysia:

1. Di dalam sebuah kelas di sekolah rendah;
Guru kelas bertanya kepada murid-muridnya; ”apabila besar nanti, nak jadi apa?”

Jawab seorang murid dengan penuh yakin, ”saya nak jadi seorang ejen insurans takaful, cikgu”

2. Seorang guru yang ditugaskan memberi motivasi kerjaya kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil SPM,memberi syarahan;
”Murid-murid sekalian, sekiranya kalian semua belajar bersungguh-sungguh di universiti nanti, selepas grad nanti kamu semua akan menerima hutang PTPTN sekurang-kurangnya RM 20,000.00. di bahu kamu semua, terpikul satu liabiliti yang sangat berat sebaik sahaja tamat belajar, kerana cikgu yakin tidak ada di antara kamu yang ibu bapanya mempunyai wang sebanyak itu untuk menampung perbelanjaan kamu di universiti. Jadi kalau terpaksa mengambil pinjaman PTPTN, semoga kamu semua tabah menghadapinya”

3. Seorang ibu menasihati anaknya;
”Along (bukan ah long : penulis), emak harap engkau bila besar nanti belajar rajin-rajin, masuk universiti lepas tu keluar tak payah la susah-susah jadi doktor ke, peguam ke, arkitek ke, akauntan ke, jurutera ke…. kau teruskan je perusahaan budu ayah kau ni. Dengan ilmu yang kau dapat kat universiti nanti, kau boleh marketkan pasaran budu ke peringkat antarabangsa. Nescaya ketika itu, dunia akan berada di dalam genggaman engkau dan engkau akan menjadi usahawan budu yang terkenal”.

🙂

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
1. Bekerja makan gaji confirm tiap-tiap bulan dapat gaji tetap.…