fbpx

Tiga Abdul dan Faraid : Ilmu Yang Semakin Dilupakan

  • 14 years ago
  • 3Minutes
  • 513Words
  • 563Views

www.afyan.com

Ketika saya belajar di UIAM suatu ketika dahulu, salah satu subjek yang dipelajari adalah ”Probate and Sucession”. Subjek ini mengajar tentang proses pentadbiran dan pewarisan harta pusaka untuk orang Islam dan bukan Islam.

Subjek ini diajar di dalam dua semester atau setahun, bersama subjek-subjek lain.

Dalam subjek ini, saya belajar satu hadith Rasulullah s.a.w yang dilaporkan oleh Imam Ahmad, yang bermaksud; “Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraidh adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraidh adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku.”.

Pada waktu itu, saya tidak berapa jelas akan maksud kata-kata Rasulullah“…yang mula-mula dicabut dari umatku”.

Apa yang diterangkan oleh pensyarah saya maksud hadith Nabi tersebut, ialah sekarang proses pengiraan faraid dilakukan menggunakan kalkulator khusus. Jadi, proses pengiraan tidak dilakukan secara kiraan manual. Semuanya menggunakan kalkulator. Maka, sekarang orang Islam sudah tidak lagi mempelajari ilmu perkiraan untuk mengira bahagian-bahagian hak ahli waris.

Kini, selepas kira-kira 6 tahun graduate, dan berkecimpung di dalam bidang perundingan takaful dan kewangan Islam, barulah saya nampak kebenaran kata-kata Rasulullah tadi.

(Nota: Siapa kata kalau hendak menjadi ejen takaful, tidak perlu belajar tinggi-tinggi?)

Kalu kita tengok dram-drama dan filem-filem Melayu yang mengisahkan cerita tentang perebutan harta pusaka, semuanya membelakangi keperluan ilmu faraid. Dalam musim raya baru-baru ini pun saya terperasan beberapa drama dan filem yang mempunyai konflik perebutan harta pusaka, tetapi saya tidak ingat apakah tajuknya.

3 abdul

Tiga Abdul dan Faraid

Malah, jika kita lihat cerita-cerita P. Ramli yang mengisahkan perihal harta pusaka, turut berlaku perkara yang sama. Contohnya di dalam filem Tiga Abdul.

Di dalam cerita tersebut, sebenarnya ketiga-tiga Abdul memiliki hak yang sama ke atas harta ayah mereka Ismet Ulam Raja. Baik harta di dalam Isketambola dan di luar Isketambola.

Di dalam cerita tersebut, Abdul Wahab selaku anak sulung membahagi harta-harta Ismet Ulam Raja yang berada di dalam Isketambola secara “demokrasi terpimpin”.  Dia mendapat segala estet-estet, kebun-kebun dan tanah-tanah yang bernilai 5 juta pound sterling, manakala adik kedua Abdul Wahib pula mendapat segala wang di dalam bank-bank Ismet Ulam Raja yang berjumlah 4 juta pond sterling. Manakala adik bongsu mereka Abdul Wahub pula hanya mendapat rumah pusaka “yang hampir hendak roboh”.

Ia menimbulkan konflik kerana ketidakadilan yang dilakukan oleh pemegang amanah, iaitu Abdul Wahab. Lantaran itu, Abdul Wahub mengambil keputusan memutuskan persaudaraan dengan mereka berdua.

Jika faraid digunakan, ketiga-tiga Abdul tidak perlu putus saudara. Peguam si mati, Sulaiman Akhlaken patut memainkan peranan dalam hal ini.

Apapun, ia sekadar cerita jenaka. Mungkin yang tersirat di sebalik itu, P.Ramlee ingin mengingatkan kita tentang keperluan ilmu faraid.

Hikmah Faraid

Di dalam satu kursus penerangan tentang harta pusaka, seorang bukan Islam memuji konsep faraid ini di dalam Islam, kerana ia memberi keadilan kepada para isteri.

Dia memberi contoh tentang seorang suami yang bermain kayu tiga, dan mewasiatkan keseluruhan hartanya kepada perempuan simpanan tersebut. Selepas lelaki itu mati, isteri dan anak-anak lelaki itu tidak mendapat satu sen pun daripada harta suami dan ayah mereka.

Di dalam Islam, ia tidak akan berlaku sama sekali. Seandainya berlaku kes seperti tadi, isteri atau anak-anak boleh mencabar kesahihan wasiat tadi, dan faraid akan sah.

(bersambung…)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

10 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan ini adalah sambungan tulisan sebelum ini Tiga Abdul dan…