fbpx

Tiga Hari Tanpa Entri

  • 17 years ago
  • 2Minutes
  • 350Words
  • 282Views

(tiada kaitan dengan lagu “Tiga Malam Tanpa Bintang”)

 “Afyan, apasal dah tiga hari tak update?”

“Sibuk sikitla dua-tiga hari ni…”

“Takkan sibuk sampai tak boleh nak update..”

“Entahlah, kadang-kadang rasa macam tak sempat nak pdate hari-hari”

“Laaaa… kan boleh automasikan posting-posting tu…”

“Betul, tapi kadang-kadang takde idea lansung…”

“Baik kau tulis, kalau tak nanti peminat-peminat blog kau nanti lupakan blog kau ni, bila diorang tengok blog kau dah tak update”

“Ada peminat ke blog aku ni”

“Apa pulak tak ada, Aku minat blog kau”

“Tapi blog aku ni dah cacamarba, macam-macam… campur-campur… tak ada fokus”

“Rilek la…. baru dua bulan engkau berblogging. Lama-lama nanti, kau akan ada ciri-ciri tersendiri berbanding dengan yang lain-lain..”

“Betul ke gitu?”

“Apa pulak tak betulnya…. kau tengok blog-blog orang lain. Diorang pun macam tu jugak masa mula-mula ada blog dulu”

“Oooooo….  tapi topik aku ni dah cacamarba”

“Laaaa… itu memang identiti kau, afyan. Dari dulu lagi cacamarba!, Orang lain graduate law, pergi chambering. Engkau, lepas grad pergi buat printing. Lepas printing jadi ejen takaful…”

“He…he….”

“La… gelak pulak, tapi ni identiti kau yang lain daripada yang lain. Setakat ni aku tak jumpa lagi la orang macam kau. Tapi boleh hidup lagi engkau ye …. siap kawin, ada anak lagi. “

“Biasa, biasa je….”

“Dulu aku antara orang yang under-estimate engkau. Masa tu aku agak engko ni cuma hangat-hangat tahi ayam je. Paling lama aku bagi masa 1 tahun, lepas tu mesti engkau surrender. Tapi nampaknya kau mampu bertahan macam ni”

“Dah lah tu, masuk bab lain pulak. Habis tu, blog aku ni apa cerita”

“Kan aku cakap tadi, orang macam engkau ni jarang-jrang wujud di muka bumi ni. Tulis pengalaman engkau selama ni dalam blog”

“Aku dah tulis sikit-sikit dulu”

“Sambung la lagi, aku sendiri tertunggu-tunggu cerita-cerita kau sebagai graduan law yang taknak chambering dan tak masuk lansung bidang guaman atau undang-undang. Ada senior-senior UIA dulu yang tak chambering, tapi sekurang-kurangnya mereka masih di dalam aliran yang sama dengan pengajian mereka”

“Mmmmmm….”

“Tak payah fikir-fikir lagi, update blog kau sekarang!”

“Ok…ok… nanti aku update”

“Tak payah nanti… sekarang aku cakap!”

“Ok…ok… sekarang jugak aku update!”

.

.

.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

8 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seperti 'biasa' pada minggu lalu, saya bersama RK Training menjayakan…