Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful / Insurans (Bahagian 3)

eksiden5

Ini adalah tulisan sambungan daripada dua entri sebelum ini:
1. Sebelum Kemalangan: Ketika Mengambil Polisi Takaful; http://afyan.com/?p=858
2. Semasa Kemalangan: Ketika Di Tempat Kejadian; http://afyan.com/?p=869

Tulisan ini pula adalah tip dan panduan “Selepas Kemalangan dan ketika membuat tuntutan”

  1. Proses ini selalunya dilakukan di bengkel panel syarikat takaful.
    Namun sebenarnya yang terbaik adalah berurusan secara terus dengan syarikat takaful, namun jarang-jarang sekali yang mempunyai masa serta kesedaran sivik yang tinggi untuk melakukannya. Jadi, untuk memudahkan urusan selalunya melalui pihak bengkel.
    Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi mengelakkan manipulasi oleh bengkel.
  2. Dapatkan bengkel yang terbaik.
    Ini adalah peringkat yang sedikit “tricky”, kerana ia tidak akan diperolehi secara mudah dan terus. Kebijaksanaan tuan-tuan diperlukan di sini.
    Sekiranya tuan-tuan bertanya secara terus kepada syarikat, mereka akan berikan bengkel yang terdekat. Mereka tidak akan memberitahu bengkel yang terbaik kerana bagi mengelakkan konflik dengan bengkel-bengkel lain. Jadi gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mendapatkan maklumat ini.
    Contohnya jika mempunyai kenalan di syarikat takaful, ia boleh diperoleh. Maka di sinilah peranan perunding takaful tuan-tuan untuk mendapatkan maklumat ini.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk melancarkan proses tuntutan, seperti;
    1. Laporan polis
    2. Kad pengenalan pemandu
    3. Lesen pemandu
    4. Kad pendaftaran kenderaan
    5. Cukai jalan
  4. Isikan borang tuntutan dan isi sewajarnya dan hantar kepada pihak takaful.
    Sebagaimana nombor 1, selalunya dilakukan oleh bengkel.
    Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi mengelakkan manipulasi oleh bengkel.
  5. Bagi tuntutan melibat takaful kenderaan tuan-tuan sahaja, terus berurusan dengan syarikat takaful tersebut, dan berikan kerjasama sewajarnya.
  6. Jangan sesekali mengarahkan bengkel untuk memulakan proses pembaikan sebelum mendapat lampu hijau daripada pihak syarikat takaful.
  7. Jika melibatkan pihak ketiga, maklumkan tentang perkara-perkara yang mungkin akan dibuat tuntutan oleh pihak ketiga.

Masalah biasa yang dihadapi oleh para pemilik kenderaan ialah kereta lambat dibaiki. Ia berpunca salah satu atau kedua-duanya daripada dua sebab di bawah;

  1. Syarikat takaful / insurans lambat meluluskan proses tuntutan.
  2. Bengkel lambat memulakan pembaikan kenderaan.

Jadi untuk mengelakkan masalah di atas, saya syorkan lakukan perkara berikut;

  1. Tanyakan kepada mana-mana bengkel panel; syarikat takaful manakah yang terbaik dalam meluluskan proses tuntutan.
  2. Kemudian, tanyakan kepada syarikat takaful, bengkel manakah yang terbaik dalam melakukan proses pembaikan.

Hanya Zambry jauhari yang mengenal Muniandy manikam!

7 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?