fbpx

Tip Jika Tidak Mahu Medical Card

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 226Words
  • 377Views

Sebenarnya saya hendak promo medical card untuk mengatasi masalah ini, tapi sebab sudah ramai sangat ejen yang menggunakan point ini untuk mempromosi medical card, maka saya batalkan.

Saya tahu, tentu ramai rakan-rakan yang meluat dengan ejen-ejen takaful yang menggunakan kesempatan ini untuk mempromosi medical card.

Jadi, saya cadangkan beberapa cara alternatif untuk mengatasi masalah ini, tanpa perlu melanggan medical card.

1) JANGAN SAKIT.

Sebab hanya orang sakit yang perlu ke hospital dan memerlukan medical card.

Jadi, jangan jatuh sakit. Jaga kesihatan, makan makanan supplement tambahan, selalu bersenam dan lain-lain kegiatan yang memberi kesihatan. Berdoa kepada Allah agar tidak jatuh sakit.

2) SAKIT JUGA? JANGAN PERGI HOSPITAL SWASTA

Jangan pergi mana-mana hospital swasta.

Pergi sahaja ke hospital kerajaan kerana di hosptal kerajaan, orang kata percuma. Rugi jika pergi ke hospital swasta sebab bayarannya mahal. Hanya orang yang ada banyak duit atau menggunakan medical card sahaja yang mampu.

3) HENDAK KE HOSPITAL SWASTA JUGA?

Oh, hendak pergi ke hospital swasta juga kerana layanannya memuaskan?

Boleh, dengan syarat mempunyai wang yang cukup untuk membiayai bil perubatan yang semakin tinggi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Untuk mengumpul wang dan kekayaan, kita boleh berniaga, melabur dalam hartanah, saham atau emas dan lain-lain pelaburan yang ada. Peruntukkan sebahagian untuk kecemasan sekiranya jatuh sakit dan perlu ke hospital swasta.

Kesimpulan;
Jika masih perlukan medical card, baca sedikit tip di https://afyan.com/baca-polisi-medical-card-anda-2.html/ sebelum melanggan mana-mana produk medical card.

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tragedi seorang bapa tinggal. Bangun tidur, dengar bunyi azan. Tengok…