fbpx

7 Tip panduan takaful insurans kenderaan

  • 15 years ago
  • 2Minutes
  • 372Words
  • 337Views

Sebelum Kemalangan (ketika mengambil polisi takaful insurans kenderaan)

7 Tip panduan takaful insurans kenderaan

  1. Kita tidak tahu bila akan berlaku kemalangan, jadi ini adalah panduan ketika mengambil polisi takaful insurans kenderaan.
    Untuk panduan sebelum mengambil polisi takaful insurans kenderaan, boleh rujuk ke 9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memperbaharui Roadtax Kenderaan di https://afyan.com/ver1/?p=638.
  2. Pastikan jumlah perlindungan yang kita ambil mencukupi.
    Sebaik-baiknya, ambillah perlindungan berdasarkan harga pasaran. Sekiranya kita mengambil perlindungan di bawah harga pasaran, kelak akan menimbulkan masalah untuk membuat tuntutan.
  3. Pastikan mengambil polisi perlindungan “comprehensive” atau menyeluruh.
    Jika mengambil “third party claim” atau perlindungan pihak ketiga, janganlah menyesal sekiranya berlaku kemalangan. Pernah terjadi seorang pelanggan saya yang mengambil polisi sebegini dengan dan berkata “insya-Allah tidak akan kemalangan”. Beberapa minggu sebelum polisinya tamat, keretanya kemalangan teruk! Janganlah ia berlaku ke atas tuan-tuan sekalipun hutang kereta sudah selesai. Beringat sebelum kena.
  4. Perlindungan asas hanya untuk body atau badan kereta sahaja serta enjin.
    Ia tidak termasuk radio dan kaset, cermin hadapan atau windscreeen, additional driver (pemandu tambahan), bencana alam dan sebagainya. Jadi pilihlah yang sewajarnya. Dan semestinya ada premium tambahan untuk perlindungan tambahan.
  5. Sebaiknya polisi tambahan cermin hadapan, kerana ia paling berisiko untuk retak dan pecah.
    Saya sendiri pernah mengalaminya; cermin kereta saya dipecahkan dan ia tiada perlindungan tersebut. 🙁 (baca: https://afyan.com/ver1/?p=51)
  6. Satu lagi perlindungan tambahan yang perlu ialah; pemandu kedua atau second driver.
    Selalunya ia diberikan percuma. Ia bagi memudahkan proses tuntutan sekiranya kemalangan berlaku ketika pemandu kedua yang membawa kenderaan. Selalunya pasangan.
  7. Perlindungan tambahan untuk bencana alam elok untuk mereka yang berada di kawasan-kawasan yang berisiko banjir seperti di Pantai Timur Semenanjung.
    Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan-kawasan bandar seperti Kuala Lumpur pun mengalami banjir. 🙂
  8. Ambil nombor telefon wakil atau ejen atau talian panas hotline syarikat takaful insurans kenderaan.
    Ia bertujuan untuk memastikan nombor-nombor ini mudah dihubungi apabila berlaku kemalangan. Ia bertujuan untuk memudahkan proses seterusnya kerana berdasarkan pengalaman saya, para pelanggan saya akan panik apabila berlaku kemalangan, walaupun sudah diberikan panduan umum semasa mengambil polisi. Jika tuan-tuan mengambil polisi takaful insurans kenderaan dengan saya, saya bersedia menerima panggilan tersebut. (Sempat lagi promosi tuuu….) 🙂

 

Bersambung entri akan datang:
Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan takaful insurans kenderaan / Insurans (2): Apabila Kemalangan (di tempat kejadian)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini adalah sambungan tajuk yang sama, bahagian 1: https://afyan.com/?p=858, yang…