Tip RM | Dollar Cost Averaging / DCA

Kaedah ini selalu digunakan dalam pelaburan saham dan saham amanah.

Dalam kaedah ini, pelabur membeli dana atau saham pilihan mereka secara berkala secara bulanan atau suku tahunan.

Contohnya, membeli saham X setiap bulan dengan harga RM1,000 setiap bulan. Tidak kira harga meningkat atau menurun, pelabur membeli secara tetap setiap bulan.

Mungkin bulan ini harganya RM1, bulan lepas RM1.50, bulan depan RM0.50.

Jadi dalam tempoh 3 bulan ini harga purata bagi dana yang dibeli ialah RM1.22.

Tip: Ia satu kaedah yang bagus, jadi jangan lakukan DCA secara membuta tuli.

Caranya ialah kita melihat harga saham atau dana tersebut dalam masa 12 bulan ke belakang, lihat harga tertinggi dan lihat harga paling rendah.

Jika harga pada bulan ini lebih tinggi dari harga tertinggi, jadi jangan beli lagi. Bawa modal tersebut ke bulan seterusnya.

Jika harga pada bulan itu, lebih rendah dari harga paling tinggi, maka cepat-cepat beli. Malah jika harga pada paras paling rendah atau lebih rendah, beli banyak-banyak.

Errr… Faham ke faham?

3

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?